Polis meminta agar pelakon dan penyanyi, Lufya Omar untuk memberikan kerjasama bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan menculik yang didakwa berlaku di sebuah taman permainan di Kota Damansara, Selangor pada 26 Jun lalu.
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mahu Lufya membawa anaknya yang berusia 5 tahun ke balai polis bagi merekodkan keterangan berhubung insiden tersebut.
Katanya lagi, pihaknya juga ingin mendapatkan lakaran wajah (fotofit) suspek bagi membuat hebahan awam.
“Polis sudah menghubungi Lufya dan sekarang masih menunggu kerjasama daripadanya,” katanya,” katanya seperti yang dipetik.
Tambah Fakhrudin, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.
Pada Jun lalu, MH melaporkan mengenai insiden yang menimpa Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 37, mendakwa cedera di bahagian kepala dan badan akibat dipukul dengan kayu oleh seorang lelaki dalam cubaan menculik anaknya, Laana Haura.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Astro Awani & Instagram Lufya Omar