Pelakon senior, Jasmin Hamid ada berkongsi cerita tentang kisah berkaitan permata hatinya anaknya bersama peminat di laman media sosial Instagram.
Menurut Jasmin, dia tetap memberi sepenuh perhatian kepada anaknya seperti bayi meski mereka kini sudah meningkat dewasa.
“Sebagai Ibu ,saya masih rasa anak-anak saya macam baby juga..Padahal dah besar panjang.
“Masih nak cium, belai dan manjakan anak-anak..@jon_macquistan.
“Pada ibu-ibu yang lain, kalau uols pun ada rasa yang sama macam saya, kita geng Hebat Bukan?,” tulisnya.
Terdahulu Jasmin dan bekas suami, Ian Rashid Macquistan berpisah pada 4 Februari 2008 selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 15 Disember 2000.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ian Haziq selain menjaga dua orang anak angkat iaitu Rohana dan Luqman Hakim.
Foto: Instagram Jasmin Hamid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Memang Berbisa Pukulan Syamsul Yusof Ni,” – Tiket Asyik Sold Out, Fauzi Nawawi Ambil Keputusan Tonton Ketika…

Fenomena filem epik, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan turut dirasai semua termasuk golongan selebriti yang sama-sama menyokong filem tempatan yang kini sukses mengutip jutaan ringgit meski baru beberapa hati ditayangkan di pawagam.
Pelakon Fauzi Nawawi misalnya turut berkongsikan pengalaman sewaktu ini menonton filem hebat arahan Syamsul Yusof itu.
Menurut Fauzi, dia sebelum ini tidak berjaya mendapatkan tiket kerana sudah penuh namun akhirnya berpeluang menonton filem berkenaan pada hari biasa.
“Dah beberapa hari ni panggung penuh je sampai takde ruang nk tengok #matkilau. Memang berbisa betul pukulan @syamsulyusoffilm ni ,fenomena filem epik di zaman milenium.
“Guys korang Kalau nak tengok filem ni hujung minggu kena booked tiket dari sekarang, Saya terpaksa datang tonton time orang sibuk bekerja dan belajar. Tahniah big bro @syamsulyusoffilm.
“Tak senang tidur saya dibuatnya tiket asyik habis je,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Suami kepada aktres Lisdawati ini menonton filem tersebut bersama anak-anak.
“Selepas beberapa hari nak tengok Mat Kilau tiket tak ada semua penuh, full house. Jadi saya buat keputusan untuk tonton Mat Kilau waktu tengahari orang tengah sibuk berkerja. Akhirnya saya dapat tiket, tengok dengan anak-anak saya,” katanya menerusi video yang dikongsikan.
Dalam perkembangan lain, GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat tayangan, semalam.
Filem itu sekali gus mengatasi kutipan filem Jurassic World dan Top Gun Maverick yang turut ditayangkan di Malaysia ketika ini.
Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menerusi Harian Metro menyifatkan kutipan yang dicapai setakat ini adalah luar biasa.
“Melihat kepada senario untuk filem Mat Kilau, kebanyakan ulasan daripada masyarakat yang belum dan sudah menonton mereka memberikan komen dan maklum balas yang sangat positif.
“Saya sangat bersyukur sebagai penulis filem ini juga kerana mereka menerima baik naskhah epik yang mengangkat tokoh Melayu kita iaitu Allahyarham Mat Kilau.
“Jadi ini satu usaha bersama bukan saja saya sebagai pengarah, pelakon, pasukan dan penerbit, tapi juga disokong kuat oleh penonton Malaysia sendiri. Jadi kita sama-sama harus berbangga dengan kejayaan ini dengan kutipan pada saya luar biasa.
“Jadi kalau mengikut komen dan buah mulut orang, insya-Allah kutipan filem ini akan terus bertambah,” katanya.
Filem terbitan Studio Kembara itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhan, Johan As’ari dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiada Niat Nak Hentam,” – Teguran Ikhlas, Rashidi Ishak Anggap Fazura Bertuah Dapat Lebar Sayap Ke Indonesia

Baru-baru ini, nama pelakon Rashidi Ishak menjadi perhatian ramai selepas dia ada memberikan pandangan terhadap nyanyian aktres, Fazura ketika membuat persembahan di Indonesia.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Rashidi menganggap ia merupakan teguran ikhlas agar Fazura dapat memperbaiki teknik nyanyiannya selepas ini.
“Pada saya, itu adalah teguran ikhlas. Saya tak nafikan suara dia memang sedap sebagai seorang penyanyi pop. Namun, menerusi video yang viral itu, memang ada sedikit lari dari segi pitching.
“Jika kita lihat penyanyi profesional yang hari-hari menyanyi dan buat persembahan, masalah seperti ini jarang berlaku. Walaupun ada teknikal isu, meraka akan tetap berada di pitch yang betul.
“Pada pandangan saya, Fazura mungkin kekurangan pengalaman dalam menyanyi secara langsung
“Saya pun tiada niat nak menghentam. Mungkin dia boleh perbaiki lagi nyanyiannya selepas ini,” katanya kepada MH.
Rashidi berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Ofis Politik yang berlangsung di Zebra Square pada Selasa.
Pada masa sama, Rashidi menganggap Fazura bertuah kerana dapat membuat persembahan di Indonesia dan peluang itu tidak mudah dimiliki.
“Dia bawa nama negara ke Indonesia.
Bukan senang nak dapat peluang untuk melebarkan sayap ke sebuah negara yang besar.
“Segalanya boleh digilap lagi. Tiada penyanyi yang dari lahir, terus bagus. Segalanya boleh belajar,” katanya.
Pada masa sama, pelakon filem Mami Jarum ini turut menafikan dirinya mempunyai niat jahat sewaktu berkongsi pandangannya di aplikasi Threads.
“Kenapa pula saya nak berniat jahat. Tiada untungnya pun. Saya memuat naik hantaran tersebut sekadar untuk memberi pendapat.
“Sesiapa sahaja yang ada platform media sosial, mereka ada hak untuk meluahkan apa yang mereka rasa. Begitu juga saya,” kongsinya.
Ditanya adakah dia akan lebih berhati-hati dalam memberikan pandangan di media sosial selepas ini, Rashidi menganggap tiada apa yang perlu ditakutkan.
“Saya tak takut apa-apa pun. Kalau kita tulis perkara yang salah, kita minta maaf. Kalau perkara itu betul, kenapa pula kita nak takut,” akhirinya.
Terdahulu, Rashidi menerusi hantaran di platform Threads menasihatkan pengurus Fazura untuk mencarikan guru vokal sebagai pembimbing aktres tersebut menjadi penyanyi yang baik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Pernah Tak Cantik, Senyap-Senyap Dah 8 Bulan,” – Comel Jer Baby Bump, Penampilan Anzalna Curi Perhatian

Penampilan pelakon, Anzalna Nasir yang hadir di majlis Pelancaran Koleksi Hari Raya ‘Rantaian Kasih’ Habib Jewels hari ini mencuri perhatian ramai.
Tampil anggun mengenakan persalinan kurung moden hijau lengkap dengan aksesori barangan kemas sebagai pelengkap gaya, seri ibu mengandung bintang ini cukup memukau pandangan.
Anzalna memuat naik sepotong video pendek ketika menghadiri majlis pelancaran berkenaan.
Sarat hamil anak kedua, usia kandungan finalis Dewi Remaja 2010 sezaman Neelofa ini sudah pun memasuki bulan kelapan.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memberikan pujian terhadapnya.
“Cantik sungguh Mommy,” komen peminat.
“SubhanAllah, cantiknya walau berbadan dua,” puji seorang peminat.
“Tak pernah tak cantik. Senyap-senyap je dah lapan bulan,” seorang peminat memberikan komennya.
“Lawanya lah lapan bulan. Kalau aku dah macam Hantu Kak Limah,” seloroh peminat.
“Comelnya perut tu,” antara komen yang tertera.
Terdahulu, Anzalna memaklumkan berita kini berbadan dua menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Instgaram.
Untuk rekod, Anzalna berkahwin dengan suaminya, Hanif Zaki pada 2016 lalu dan pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Eidrees pada 31 Mei 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI