Meski sudah menginjak usia separuh abad, pelakon Zamarul Hisham bersyukur kerana namanya masih lagi menjadi antara pilihan pengarah untuk membawakan watak utama.
Menurut Zamarul, sebagai pelakon, dia tidak pernah mengambil mudah dalam setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan.
“Sejujurnya saya akui memang agak mencabar untuk membawakan watak utama pada usia 51 tahun. Ada kalanya, saya terfikir yang diri ini dah berumur sangat.
“Bagaimanapun, bila diberikan peluang seperti ini, saya bersyukur kerana Allah masih memberi rezeki dan pihak stesen TV pun masih memberi peluang untuk mengembangkan lagi bakat saya.
“Jadi, saya tak rasa peluang ini seperti ‘makanan’ atau kerja mudah tapi saya anggap ia sebagai tanggungjawab yang besar.
“Umur hanyalah sekadar angka. Mungkin bakat saya masih lagi diperlukan. Selagi diberikan kepercayaan, saya akan sentiasa berikan yang terbaik. Segalanya dengan bantuan dan izin Allah,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, peluang seperti ini bukanlah tiket untuk membangga diri, sebaliknya ia merupakan cabaran untuk sentiasa memberikan yang terbaik.
Ads
“Dalam drama ini, saya akur dengan karakter yang dituntut pengarah. Saya bukan nak menunjukkan diri ini sebagai pelakon ‘otai’ cuma mungkin ketekunan dan kesungguhan saya dalam menghayati skrip serta watak membuatkan saya relavan.
“Daripada dulu lagi saya dah amalkan untuk sentiasa buat yang terbaik. Bila dapat skrip, saya bukan orang yang sambil lewa.
“Kalau skrip itu baik, saya akan improvised jadi lagi baik. Saya juga ikhlas ketika bekerja kerana saya berkerja untuk isteri dan anak-anak.
Ads
“Mungkin ini juga antara yang boleh dicontohi oleh para pelakon baru. Pelakon lama dan baru bagi saya sama sahaja. Yang membezakan hanyalah pengalaman,” kongsinya lagi.
Zamarul berkata sedemikian ketika ditemui pada sidang media drama Aku Tanpa Cintamu pada Selasa.
Pada masa sama, suami kepada pelakon dan penyanyi, Diana Rafar ini juga sempat menitipkan nasihat buat para pelakon baru.
Ads
“Kedatangan mereka ini amat dialu-alukan sebab mereka yang akan memeriahkan industri kita. Takkanlah kita nak tengok muka sama sahaja.
“Perbezaan diantara pelakon lama dan baru mungkin kami ini sudah dididik supaya menghargai tanggungjawab dan bidang yang kita pilih. Kita kena sayang pekerjaan ini dan buat kerana Allah.
“Ikhlas juga penting dan bukan hanya sekadar mengejar glamour dan nama. Nasihat saya, bila orang dah suka dengan lakonan kita, jangan sesekali lupa asal usul,” ujarnya lagi.
Menerusi drama Aku Tanpa Cintamu ini, Zamarul membawakan watak Adam yang juga merupakan pengarah terkenal yang terjatuh hati kepada Nuha yang dilakonkan oleh Bella Astillah.
Drama ini sudah mula ditayangkan sejak 15 September lalu di slot Samarinda, TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Amelina berkongsi satu nukilan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran arwah bapanya, Allahyarham Amir Sharipuddin Abdul Rauf Ahad depan.
Menerusi nukilan yang dibuat, Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina akui sebagai anak dia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
Dedahnya lagi, kesilapan yang pernah dilakukannya sebelum ini telah mengecewakan hati Allahyarham bapa serta seluruh ahli keluarganya.
“Surat untuk Abah. Abah, Selamat hari lahir in advance 17/4/1947 – 06/01 / 2009. Amir sharifuddin bin Abdul Rauf. Al fatihah.
“Abah, Along mintak maaf segala kesalahan Along. Along tau Along dah kecewakan hati Abah dan Mak.
Along abaikan cita-cita Along dan keluarga. Along tinggalkan semuanya selama 15tahun.
“Along dah kecewakan harapan keluarga. Along lupa janji-janji Along pada Mak & Abah. Tapi itu bukan kehendak Along. Along tau apa yang Along buat dulu itu salah. Tapi Along TERBELENGGU dengan TAKDIR Along sendiri,” tulisnya.
Setelah hampir 15 tahun ketiadaan arwah bapa tercinta, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini sudah menerima ketentuan takdir Ilahi meski berat untuk dilalui.
Di samping memohon agar dirinya cekal dan tabah, penyanyi yang sinonim dengan lagu berjudul Asyik ini memberitahu, arwah bapa sentiasa terpahat diingatan.
“Abah, sekarang Along dah pun terima apa yang patut Along terima dari perbuatan Along. Dan Along redha, Along tau Abah tetap sayang Along kan?
Mak selalu cakap Abah tak pernah lupa mendoakan Along masa Along tak ada dulu.
“Abah, doakan Along semoga kuat yer, doakan rezeki Along yer abah & doakan along terhindar dari fitnah dunia. Along nak Abah tau Along, Mak, Angah, Adik serta cucu-cucu Abah tak pernah lupakan Abah.
“Segala kasih sayang & pengorbanan Abah sentiasa di hati jadi kekuatan kami.Tenanglah Abah disana, doa kami sebagai penyambung kasih kita sekeluarga. Dari anakandamu. Norazlina Amir Sharipuddin,” akhirinya.
Pelakon Sarah Hildebrand akui rindu untuk bertemu dengan bapanya yang kini berada di Amerika Syarikat.
Malah, pemilik nama penuh Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand berharap agar wabak pandemik Covid-19 ini segera berakhir agar urusan perjalanannya untuk bertemu bapa selepas ini dipermudahkan.
“Aku sepatutnya memeluk lebih erat dan lebih lama lagi ketika kali terakhir aku bertemu ayah. Ya Allah, tolong benarkan aku bertemu ayah sekali lagi, dalam masa terdekat.
“Ya Allah, murahkan rezekiku untuk ke Amerika agar aku boleh bersamanya dan menghabiskan masa bersamanya sekali lagi.
“Saya amat merinduinya, tolong berikan dia kesihatan dan jauhkan dirinya daripada segala keburukan,” tulisnya sambil disertakan foto bersama bapanya.
Sarah,30, turut mendoakan agar urusannya untuk bertemu bapa dipermudahkan kelak.
“Ya Allah, murahkan rezeki kerja, agar aku mampu hidup selesa tanpa hutang dan belanja pulang ke rumah bertemu ayah.
“Tolong pulihkan dunia daripada wabak penyakit dan mudahkan urusan untuk merentas ke luar negara agar saya dapat pergi berjumpa ayah dalam masa terdekat,” kongsinya.
Rata-rata netizen turut mendoakan agar impiannya untuk pulang bertemu bapanya yang menetap di Amerika Syarikat tercapai.
Menerusi ruangan komen,rata-rata mendoakan agar urusan kedua beranak ini dipermudahkan.
Difahamkan, ibu bapa Sarah dikatakan berpisah sejak usianya 8 tahun.
Terdahulu, Sarah mendirikan rumah tangga dengam lelaki kacukan Filipina-Amerika pada 3 November 2019.
Foto: Instagram Sarah Hildebrand
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi laman Twitter, Instafamous Sharifah Rose ada melayangkan kisah romantis apabila sang kekasih, Aazief Khalid menempah tuala wanita secara bulanan dan dihantar terus ke rumahnya setiap bulan.
Jelasnya, tindakan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini disebabkan dia terlupa membeli tuala wanita tempoh hari.
“Forgot to buy pads the other day and Aazief subscribed a monthly organic pad to be sent to my house every month,” tulisnya sambil disertakan dengan bungkusan hadiah serta ucapan romantis yang diterima.
Forgot to buy pads the other day and Aazief subscribed a monthly organic pad to be sent to my house every month pic.twitter.com/Ei2HM2YuVs