
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyanyi ratu irama tradisional Malaysia, Noraniza Idris yang sudah lama bergiat dalam industri seni tanah air.
Baru-baru ini, menerusi akaun Instagram miliknya ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Menariknya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Awallah Dongdang ini telah berkongsi foto dirinya ketika di bangku sekolah menengah.
“Gambar Form4 @sekolahtinggikluang Bersama teman paling cool @norlaily_myusof .Masih sama walaupun makin mudo kita ya,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen posting berkenaan, rata-rata peminat juga turut memberi pelbagai reaksi melihat perkongsian penyanyi berusia 51 tahun itu.
Untuk rekod, Noraniza atau nama sebenarnya Nor Aniza Idris telah dilahirkan pada 27 Ogos 1968 di Kluang, Johor.
Foto: Instagram Noraniza Idris
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bengkak Mata, Wajah Jelas Gambarkan Kerinduan,” – Shuib ‘Selimut’ Badan Dengan Tudung Arwah Isteri, Lepas Rindu Yang Tersimpan

Satu hantaran yang dikongsikan oleh pihak pengurusan penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah di Instagram baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
Di dalam entri berkenaan, suami kepada arwah yang juga pelawak dan usahawan, Shuib dilihat mengenakan helaian tudung jenama isteri, Loveta pada bahagian badannya.
“Sampai hari ini arwah Sarah macam ada dengan Shuib kan? Kali ini bukan orangnya, tapi bisnes yang melindungi mahkota wanita.
“Selalu Shuib akan bawa tudung @lovetahq kat mana-mana dia pegi, nak lepas rindu yang masih tersimpan.
“Sama2 kita doakan Shuib diberikan kesihatan fizikal serta mental yang baik dan galas tanggungjawab sbg ibu dan ayah kepada Uwais, Talita, Matin dan Ayash,” kapsyen yang tertera.
Serentak dengan perkongsian yang sudah pun menerima hampir 70,000 tanda suka itu, para peminat turut menitipkan doa buat kebahagiaan Shuib sekeluarga.
“Allahuakbar sebak… moga Allah SWT angkat kerinduan, kesedihan Shuib. Tak tergambar perasaan, cuma mampu berdoa,” tulis seorang warganet.
“Bengkak mata tu. Wajah Jelas menggambarkan kerinduan terhadap isteri,” tulis warganet lain.
“Susah senang senantiasa bersama bila pergi dijemout Illahi rindunya tak terkira. Semoga Shuib tabah. Insaallah arwah sedang terseyum gembira di syurga,” antara komen yang diberikan.
“Owh ye….patutlah Dek Ta buat mcm tu juga. Ya Allah memang rasa perit kehilangan orang yang paling kita sayangi. Walau pun kita redho, kehilangan tetap kita rasai sehinggalah akhir hayat,” seorang warganet berikan pendapat.
“Aamin. Allah ada dan kami semua ada. Sentiasa mendoakan keluarga ini,” antara kata semangat yang diberikan.
Allahyarhamah meninggalkan empat cahaya iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan sebelum pemergiannya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kali Ini Dapat Suprise Dia Punya Tersentuh Tu Lain Macam,” – Rai Anniversary Dalam Suasana Romantis, Menitis Air Mata Mawar Rashid

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid ada berkongsikan momen istimewanya bersama suami tercinta, Raf Yaakob bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.
Lengkap mengenakan persalinan sedondon merah, pasangan selebriti ini dilihat meraikan hari bahagia dalam suasana makan malam yang penuh romantik.
Malah, Mawar yang kini sedang sarat hamil anak kedua turut menitiskan air mata kerana tersentuh atas kejutan yang diberikan Raf.
“Genap 3 tahun kite berumah tangga Radenku. Happy 3 years anniversary Cinta hatiku.
“Tadi dah wish mcm2 kan.. hehe.. JazakALLAHu khaira papalove. Kali ini dpt surprise mmg die punye tersentuh tu, lain macam. Air mata x stop tadi.
“Perasaan xterungkap.. Syukur Alhamdulillah.. Anje sayanggg abang… @rafyaakob,” tulisnya.
Sementara menerusi satu hantaran lain, Mawar turut mendedahkan rupa cincin tunang dan kahwinnya sebagai pengikat kasih sayang.
“Lama x pakai wedding ring & engagement ring. Beg ni hadiah dari hubby dulu2 masa g London.. anje doa moga rezeki abg limpah2 @rafyaakob,” harap Mawar.
Imbas kembali, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael Mac tahun lalu.
Foto: Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bekas Suami Katy Perry, Russell Brand Didakwa Lakukan Kesalahan Seksual Terhadap Empat Wanita

Pelawak dan pelakon terkenal Britain, Russell Brand kini berdepan tuduhan berat melibatkan kesalahan seksual terhadap empat wanita, menurut kenyataan rasmi Polis Metropolitan London.
Jejaka berusia 50 tahun itu, didakwa atas lima pertuduhan serius termasuk satu tuduhan rogol, satu serangan tidak senonoh, satu rogol oral dan dua serangan seksual. Kesemua kejadian didakwa berlaku antara tahun 1999 hingga 2005 di sekitar kawasan Bournemouth dan Westminster, London.
Apa yang lebih mengejutkan, tuduhan ini timbul selepas dokumentari penyiasatan khas oleh The Sunday Times, The Times, dan Channel 4 Dispatches yang disiarkan pada September 2023. Sejak itu, siasatan terhadap Russell telah digerakkan secara rasmi.
Menurut pihak pendakwa, Crown Prosecution Service (CPS), mereka telah meneliti segala bukti dengan teliti sebelum memutuskan untuk mendakwa Russell secara rasmi. Dia dijangka hadir di Mahkamah Majistret Westminster awal bulan hadapan.
Tidak mengambil masa lama untuk memberi respons, Russell tampil di platform X dengan satu video penuh emosi, menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan tersebut.
“Ketika saya masih muda dan bujang sebelum saya mempunyai isteri dan keluarga saya. Saya bodoh, saya bodoh sebelum saya hidup dalam panduan Tuhan.
“Saya seorang penagih dadah, ketagih seks dan bodoh, tetapi apa yang saya tidak pernah jadi adalah perogol.
“Saya tidak pernah terlibat dalam aktiviti tanpa persetujuan,dan saya berdoa agar anda dapat melihatnya dengan melihat mata saya,” luahnya.
Dia turut meluahkan penghargaan kepada peminat dan rakan-rakan yang terus menyokongnya di saat getir ini.
Bukan nama asing dalam dunia hiburan. Populariti Russell melonjak melalui filem seperti Get Him to the Greek, Forgetting Sarah Marshall dan pelbagai rancangan radio & TV UK.
Pernah berkahwin dengan bintang pop antarabangsa, Katy Perry dari 2010 hingga 2012, Brand sering menjadi tumpuan paparazi dan media.
Selain bergelar pelawak dan pelakon, kini Russell aktif di YouTube membincangkan topik kesihatan mental, ketagihan, spiritualiti dan juga teori konspirasi. Akaunnya itu memiliki lebih enam juta pengikut.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI