Ketika kebanyakan orang lain memilih untuk bercuti atau pulang ke kampung halaman, berbeza pula bagi usahawan, Datuk Seri Vida apabila dia memanfaatkan kebenaran merentas negeri bagi menziarah pusara anaknya Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie.
Menurut Vida, sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki di pusara anaknya yang terletak di Ipoh itu.
Katanya lagi, dia berharap agar anak-anaknya itu sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan ditempatkan di syurga yang tertinggi.
“Disaat orang lain boleh merentas negeri untuk ke mana-mana sahaja, saya punyai perjuangan yang lain. Apa yang saya nak buat bila dapat kebenaran merentas adalah daripada rumah saya ingat melawat kubur anak-anak saya yang dah lama saya tak pergi.
“Bila PKP dilaksanakan, kubur pun saya tak pergi tapi Al-Fatihah itu InsyaAllah saya ada hadiahkan untuk arwah putera saya yang berada di syurga tertinggi sebab itu yang mereka inginkan.
“Pada ketika itu syurga tertinggi itu sering kali jadi mainan di bibir mereka. Alhamdulillah, saya kuat ini kerana saya tahu ada ganjaran besar yang Allah nak bagi. Segala ujian saya hadap dengan sabar,” katanya.
Ads
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menambah, meskipun sudah hampir lapan tahun pemergian anak-anaknya itu, namum kejadian tersebut disifatkan masih segar di dalam ingatannya.
“Masih segar dalam ingatan, masih terngiang dan terbayang tentang apa yang berlaku. Seandainya mereka masih ada, sekarang dah besar dan dewasa lingkungan 20-an
Ads
“Lapan tahun dah berlalu. Anak-anak syurga saya ni sedang menunggu saya di sana untuk kembali bersatu,” luahnya lagi.
Dalam pada itu, Vida turur berharap agar mereka dapat dipertemukan semula di akhirat kelak.
“Tunggu mama dan doakan mama. Al-Fatihah buat anak sulung saya, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin dan anak kedua saya Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin,” akhirinya.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan perasan sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Vida.
“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul bertabahlah Datuk Seri Vida.
“Sedihnya tengok, semoga mereka dapat pimpin ibunya ke syurga juga nanti amin. Al-Fatihah buat anak-anak syurga Datuk.
“Sayu, sebak dan terus menitis air mata. Semoga anak syurga datuk berbahagia di sana. Al-Fatihah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, allahyarham Eddie dan Edrie merupakan mangsa korban dalam satu insiden kebakaran rumah teres dua tingkat pada tahun 2013 di mana anak-anaknya itu ditemui di dalam bilik air.
Ketika tragedi tersebut, seorang pekerjanya turut dilaporkan telah terkorban.
Sumber: Instagram Datuk Seri Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama rantaian popular, Sweet Dreams yang menampilkan Mira Filzah dan Ben Amir sebagai pendukung utamanya nyata meninggalkan kesan buat pencinta drama tempatan setakat ini.
Mengetengahkan kisah cinta tak terduga seorang gadis bisu berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Putri.
Lebih menghiburkan, Putri turut digambarkan sebagai wanita yang kelam-kabut hingga digelar Miss Clumsy.
Lalu awal semalam menerusi Instagram, Mira ada berkongsi pautan video sedutan episod kelima drama arahan Michael Ang itu daripada Instagram @fammythawkhairi.
“Ahahahha, “Halal Bag”! 🤟🏻 There’s always a way kan? ❤️ @benamirr. Everytime. Rasa nak pecah jantung kita waaaaaakkkk! Dengan lagu kite lagi diletaknye. Lagi cepat la sis mati sakit jantung.
“Presenting, The Halal Bag. Purpose kewujudan dia adalah menjadi the halal gap. I die!,” tulis @fammythawkhairi.
Lalu di ruangan komen, rata-rata peminat membayangkan babak tersebut sebagai suatu adegan yang ‘paling bersemut’ dan romantis.
Sweet Dreams yang bersiaran menerusi slot MegaDrama di Astro Ria dan Ria HD turut dibarisi pelakon lain seperti Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman dan ramai lagi.
Foto: Instagram Ben Amer, Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti, Syazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina dipilih antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan.
Pengumuman tersebut dimaklumkan menerusi poster yang dimuat naik di laman Instagram Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada Ahad.
Manakala, Eksekutif Pengisian Kandungan Islam TV3 dan TV9, Ahmad Noor Sulaiman pula dipilih sebagai Ikon Media Islam.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan penganugerahan itu kepada semua penerima Anugerah Perdana dan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan.
Menerusi perkongsian di Instagram stories, Mizz Nina turut memuat naik semula ucapan tahniah yang dikongsikan oleh netizen dan sahabat terdekat.
“MasyaAllah congrats habibi.
“Alhamdulillah, tahniah.
“MasyaAllah tabarakallah. Tahniah
“Tahniah Mizz Nina atas pengamugerahan tokoh maulidurrasul ikon kemanusiaan,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Mizz Nina merupakan antara selebriti yang aktif menjalankan misi-mosi kemanusiaan di negara bergolak.
Malah, Mizz Nina juga turut mempunyai aplikasi mudah alih berkonsepkan gaya hidup Muslim yang diberi nama Qalby App.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mizz Nina & Jakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!