Pengarah Michael Ang yang memeluk Islam sejak Februari 2018, namun merahsiakan hal tersebut sehingga petang semalam memberitahu, dia ada sebab tersendiri berbuat demikian.
“Sebenarnya sejak umur 14 tahun saya hanya percaya yang saya hanya ada satu Tuhan sahaja.
“Akan tetapi ketika itu juga, saya masih mencari-cari sehinggalah saya ada alami satu mimpi,” kata Michael kepada MH.
Ditanya mengenai perkembangannya dalam menjalani ibadat, pengarah ini mengakui ada beberapa ketika dia masih menggunakan bahasa Inggeris.
“Saya masih solat dalam bahasa Inggeris. Bagaimanapun, saya ada cuba untuk guna bahasa Arab, tapi perlahan-lahan belajar sebab lidah saya ni jenis susah sikit.
“Masakan tidak, bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris pun masih ada pelat,” selorohnya.
Pada masa sama, Michael yang masih mengekalkan nama sama ini turut menjelaskan, dia masih lagi belajar mendalami Islam.
“Selama setahun ni, apa yang saya belajar tentang Islam adalah jangan cepat menghukum seseorang.
“Misal kata kalau orang tu buat salah, kita tegur dengan cara baik. Jangan terus nak judge orang tu macam-macam.
“Islam agama indah. Setiap orang ada sebab kenapa dia buat mcm tu (perkara yang tak berlandaskan ajarqn Islam), kita sebagai saudara Islam tegur, nasihat dan selebihnya biarlah Allah yang menentukan,” kongsinya lagi.
Foto: IG Michael Ang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI