Penyanyi Hafiz Suip menjelaskan situasi terkini rumah tangganya bersama isteri, Nureffy Jasreel Abdullah bahawa mereka kini dalam proses untuk berpisah.

Menurut Hafiz atau nama sebenarnya, Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, dia dan Nureffy juga sedang berbincang mengenai hak penjagaan anak-anak sekiranya jodoh mereka tidak panjang selepas ini.

“Kami masih suami dan isteri cuma kami tidak tinggal bersama disebabkan dalam proses cerai.

“Kami sedang berunding hak penjagaan anak-anak,” katanya yang berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu temu bual bersama rancangan Melodi, pada Khamis.

Penyanyi Awan Nano itu pada masa sama turut menjelaskan, dia hanya mahu menyelesaikan hal rumah tangga dengan baik tanpa ada campur tangan pihak lain.

Ads

Mahukan Yang Terbaik

“Masih Suami Isteri Cuma Kami Tak Tinggal Bersama Disebabkan Dalam Proses Cerai,” – Hafiz SuipTambah penyanyi Terus Bersinar itu, dia juga bersedia melepaskan isterinya jika sudah tiada persefahaman.

“Saya cuma nak selesaikan dengan cara yang baik, tak ada gangguan daripada pihak-pihak yang lain. Setakat ini alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik.

“Cuma kes mahkamah saya ni pun, saya simpan untuk diri saya sendiri.

Ads

“Saya nak yang terbaik… Kalau dah kita memang tak ada persefahaman, saya akan lepaskan dengan cara baik.

“Kita tak nak merumitkan keadaan, biar semuanya selesai cara baik jangan anak-anak jadi mangsa keadaan,” jelasnya lagi.

Ads

Imbas kembali, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada 14 Mei 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Sumber: Melodi (IG: tv3malaysia)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI