Pelakon Hairul Azreen mengenang memori ketika dia pernah mencari rezeki dengan menjadi tukang cat jalan raya lebih 14 tahun lalu.
Menurut Hairul dia pada waktu itu pasang impian untuk memiliki sebuah kereta ‘sport’ hingga pernah diketawakan rakan kerjanya.
View this post on Instagram
“Masih tak lupa masa, saya kerja cat jalan 2007, masuk kerja 12 tengah malam habis kerja pukul 5 pagi.
“Sebab orang dah siap nak pergi kerja, tapi masa kerja tu ada kereta-kereta sport laju lalu sebelah saya, lepas tu saya apa lagi terus menjerit…’Satu hari nanti, aku kerja rajin-rajin. Aku beli sebijik!
“Lepas tu kawan yang kerja cat dengan saya cakap ‘Kau apahal? Gila!’. Hahahaha,” tulisnya berkongsi di Instagram.
Lalu dia yang kini turut bergelar pengarah menyifatkan sesebuah impian itu merupakan satu doa.
“Guys kalau kita inginkan sesuatu atau impian kita itu digelakkan kawan, maknanya impian kita tu besar dan bagus untuk kita tuju sebab #Kata2ItuDoa.
The best never rest,” jelas bapa kepada sepasang cahaya mata itu lagi.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut meninggalkan komen masing-masing yang rata-ratanya turut menyambut baik apa yang dikongsikan bintang Paskal ini.
Foto: Instagram Hairul Azreen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI