Isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam meluahkan rasa gembira kerana telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 31 Julai lalu.
Malah, Nelissa turut merasakan perkara tersebut bagaikan mimpi kerana dikurniakan cahaya mata comel bernama Kyro Shakur.
Terdahulu, Nelissa dan Ammar yang juga pelakon filem Paskal mendirikan rumah tangga pada Mac 2016.
Pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki, Kyro Shakur yang kini berusia tujuh hari.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sejujurnya Kena Mengaku Yang Saya Sememangnya Rasa Agak Penat,” – Uyaina Arshad
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui jadual yang padat sedikit sebanyak menjejaskan tahap kesihatannya.
Bagaimanapun, menurut Uyaina, minat mendalam terhadap bidang ini yang membuatkan dirinya terus kuat sehingga sekarang.
Selain tanggungjawabnya sebagai salah seorang pengacara program Wanita Hari Ini, Uyaina mendedahkan dirinya kini harus berulang alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu bagi melangsaikan baki pengambaran drama terbarunya, Wanita Tanpa Dosa.
“Apa yang buat saya terus bertahan adalah kerana minat, kesungguhan dan ikhlas ketika melakukan kerja yang diamanahkan.
“Saya tak anggap perjalanan jauh ini sebagai satu beban. Kadang-kadang saya rasa penat tu, biasalah.
“Cuma bila fikir pasal tanggungjawab dan amanah bila orang sudah percayaksj kita, profesionalisme dalam melakukan kerja tetap keja jaga. Itu yang buatkan saya terus bersemangat, insya-Allah,” katanya kepada MH.
Uyaina berkata demikian sewaktu ditemui media pada Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020 pada Rabu.
Dalam pada itu, pelakon berusia 27 tahun itu turut memutuskan untuk berehat seketika selepas selesai ke semua sesi pengambarannya tidak lama lagi.
“Sejujurnya saya kena mengaku yang saya sememangnya rasa agak penat dan ikutkan perancangan, bila berakhir penggambaran saya nak berehat seketika.
“Malah sebelum ini pun saya terpaksa tolak satu tawaran program travelogue secara baik kerana ia memerlukan saya untuk kembara seluruh Malaysia selama sebulan.
“Mungkin sekarang ini saya perlukan masa untuk berehat sebelum menyusun semua jadual selepas ini,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Uyaina memaklumkan drama Wanita Tanpa Dosa arahan pengarah, Michael Ang akan mula bersiaran pada 6 Oktober ini.
Selain Uyaina, antara pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Kamal Adli, Uqasha Senrose dan juga Shaza Bae.
View this post on InstagramPerempuan Tanpa Dosa 🤍 Coming real soon 😊 Bismillah! #PerempuanTanpaDosa
A post shared by UA (@uyainaarshad) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ikutkan Hati Nak Sama-Sama Keluar Bantu…,” – Sarat Hamil, Ayda Jebat Wakilkan Keluarga Hulur Sumbangan Di Melaka
Peka dengan situasi semasa, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat turut tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan khasnya kepada golongan terjejas sepanjang fasa pandemik.
Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, memberikan bantuan untuk mereka yang berada di sekitar Ayer Keroh, Melaka yang diusahakan oleh keluarganya, pada Selasa.
Ayda yang kini sedang hamil anak pertama bersyukur kerana urusan agihan sumbangan berupa barangan keperluan dipermudahkan.
“Saya rasa bersyukur kerana dapat sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Ia merupakan usaha kami untuk membantu penduduk di tempat asal saya.
“Kalau ikutkan hati, saya nak sama-sama keluar mencari mereka yang terkesan dan mahu membantu, tetapi saya sendiri enggan berhadapan dengan risiko kerana sedang sarat hamil.
“Memandangkan saya kini tinggal di kawasan Lembah Klang yang terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), keluarga saya yang mengagihkan sumbangan di Melaka.
“Kami mengagihkan bekalan makanan, susu dan lampin pakai buang. Syukur Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan terima kasih kepada keluarga saya yang membantu,” katanya.
Isteri kepada pengacara Nabil Mahir turut berharap agar sumbangan yang dihulurkan sekurang-kurangnya mampu meringankan beban mereka yang memerlukan.
“Ramai yang terkesan dengan pandemik ini. Jika hendak dihitung, bantuan yang saya berikan bersama keluarga tidaklah sebanyak mana.
“Saya berharap tak ada pihak yang anggap kami mahu menunjuk memberi bantuan. Saya mahu perkara ini dilihat menerusi sudut positif. Malah, foto penerima bantuan pun saya tak mahu dedahkan di laman sosial.
“Saya berharap cerita ini dapat menjadi inspirasi untuk orang ramai yang berkemampuan dan mempunyai rezeki lebih dapat sama-sama berkongsi dengan mereka yang memerlukan.
“Saya hanya membantu dari jauh sahaja dan berharap ia dapat meringankan beban sedikit sebanyak. Semoga kita semua sama-sama saling membantu dan menjaga keselamatan agar dapat mengekang penularan Covid-19,” katanya lagi.
Sementara itu, Ayda menerusi Insta Story turut berkongsi foto berkaitan.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Saya Hambar, Dia Rasa Kelakar,” – Jatuh Hati Dengan Wajah Cantik Isteri, Aliff Muhaimin Idam Anak Perempuan
Pelakon, Aliff Muhaimin menzahirkan rasa syukur selepas segala urusan akad nikah bersama isteri, Fatin Alissa pada pagi Sabtu telah pun dipermudahkan.
Menurut Aliff, walaupun sudah memasuki fasa hidup yang baru, dia tetap merasakan perhubungannya bersama isteri seperi baru memasuki fasa berkenalan.
“Semasa awal perkenalan kami, saya dapat rasakan yang Alissa ini merupakan orang yang tepat untuk saya. Saya dapat rasa getaran di hati yang membuatkan saya mahu menghalalkan dia.
“Saya bertuah kerana perancangan untuk mendirikan rumah tangga diantara keluarga saya dan Alissa telah dipermudahkan sejak awal.
“Kini saya sudah bersedia untuk bergelar suami. Saya tahu nak jaga diri sendiri pun susah, inikan pula nak jaga anak orang. Namun saya sedia korbankan segalanya demi kebahagiaan isteri.
“Cinta itu hadir daripada Allah. InsyaAllah dia juga akan permudahkan,”- katanya kepada MH.
Aliff berkata sedemikian ketika ditemui media selepas selesai majlis akad nikah yang berlangsung di Ghazi House, Hulu Langat, Selangor pada Sabtu.
Jatuh hati pada pandangan yang pertama, juara Hero Remaja 2017 ini merasakan keserasiannya bersama Alissa seakan sudah ditakdirkan oleh yang maha Esa.
“Perkenalan kami bermula di Instagram. Saya akui pada awalnya saya cuba mendekati Alissa kerana jatuh hati pada wajahnya yang sangat cantik dan manis.
“Apa yang membuatkan saya lagi jatuh hati kepadanya apabila kami mula bersembang. Bila kami berbual, dia memang memahami saya. Bila saya buat lawak hambar, dia rasa kelakar.
“Dia juga membuatkan hari saya lebih bersemangat untuk menempuh segala yang mendatang. Saya rasa gembira bila disamping dia. Dia tunjuk rasa cinta dan hargai diri saya,” ujarnya lagi.
Walaupun baru berusia 22 tahun dan masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Rembau, Alissa tetap meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Aliff untuk menjaganya hingga akhir usia.
“Nak kata bersedia 100% untuk bergelar isteri, mungkin tidak. Saya juga masih belajar. Bila kenal dengan Aliff dan dia menunjukkan usaha untuk menghalalkan saya, dia buat saya yakin.
“Saya juga tak kisah pun tentang hubungan diantara Aliff dan peminat. Asalkan dia tidak terlebih melayan. Hubungan sesama peminat itu normal. Saya percaya Aliff sepenuhnya,” katanya.
Ditanya mengenai perancangan zuriat, Aliff memaklumkan dia teringin untuk dikurniakan cahaya mata perempuan.
“Kata orang, kalau terlalu merancang pun tak elok juga. Kami akan berusaha selain turut percaya pada rezeki. Saya memang nak sangat anak perempuan,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Aliff telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Azam Abdullah dan disaksikan Penolong Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam, Kariah Masjid Al-Ehsan, Sungai Serai, Hulu Langat, Ahmad Khaliq Ahmad Rasid.
Pasangan ini juga telah memilih Bali, Indonesia sebagai lokasi bulan madu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI