Pelakon Fizo Omar menyifatkan hubungannya dengan rakan artis, Azar Azmi hanyalah sekadar ramai baik dan masih belum ada membabitkan sebarang perasaan.
Bintang asal Kelantan itu berkata demikian menerusi Harian Metro sebagai mengulas tindakan pelakon Nur 2 itu yang menggunakan panggilan ‘life partner’ menerusi salah satu kapsyen yang dibuat di Instagramnya, baru-baru ini ketika sama-sama menyertai satu aktiviti sukan lasak.
Lalu foto yang dirakam bersama Fizo itu seterusnya menimbulkan tanda tanya ramai mengenai hubungan kedua-dua mereka.
Pada masa sama, duda anak satu itu turut menganggap panggilan itu sebagai teman yang berkongsi minat sama.
“Jawapan saya masih lagi sama seperti sebelum ini. Kami berkawan baik, namun belum ada membabitkan sebarang perasaan antara kami.
“Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Azar dengan panggilan ‘life partner’ atau teman hidup itu adalah untuk menggambarkan kami yang berkongsi minat sama,” katanya seperti yang dipetik.
Menurutnya lagi, finalis Pencarian Dewi Remaja sezaman Neelofa itu meluahkan hasrat untuk mencuba melakukan aktiviti motosikal lasak bagi merasai sendiri pengalaman aktiviti terbabit.
“Dia mahu cuba sertai aktiviti motosikal lasak sebab sudah lama teringin. Jadi, saya bawalah. Kami dapat lakukan aktiviti yang diminati, sekali gus dia pun mula suka,” katanya.
Fizo bagaimanapun menghargai komen positif daripada warganet di ruangan komen foto itu.
“Saya hargai semua komen positif daripada warganet. Saya harap, semua orang dapat mendoakan yang baik-baik.
“Apa pun, masih terlalu awal untuk kami menjalinkan hubungan lebih daripada kawan baik,” katanya lagi.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI