Pelakon, Remy Ishak ada memuat naik sebuah tweet menceritakan mengenai sambutan hari rayanya pada tahun ini.

Menurut Remy, dia masih mencuba untuk menerima kenyataan bahawa dirinya tidak akan dapat pulang ke kampung halaman pada tahun ini bagi mematuhi saranan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

“Masih cuba belajar untuk menerima  kenyataan, tahun ni tak boleh balik sambut Aidilfitri di Kampung.

“Yes i can do this,” tulisnya.

Ads

Dalam pada itu, tweet berkenaan turut mendapat respon daripada pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.

“Mana boleh broo Masjid Tanah sepi takde brooo balik brooo hahaha #teamrayamelaka,” selorohnya.

Ads

Pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu turut sempat berinteraksi bersama peminatnya memberi tahu suasana menyambut Aidil Fitri di Kuala Lumpur tidak sama rasanya seperti di kampung.

“Feel dia lain tuan. Tetap tidak sama,” balasnya.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberi kata-kata semangat selain turut mempelawa Remy untuk datang beraya ke rumah mereka di sekitar Kuala Lumpur.

“Masjid Tanah Sepi Takda Bro,”- Tak Dapat Sambut Aidil Fitri Di Kampung, Peminat Ajak Remy Ishak Beraya Di Rumah “Masjid Tanah Sepi Takda Bro,”- Tak Dapat Sambut Aidil Fitri Di Kampung, Peminat Ajak Remy Ishak Beraya Di Rumah

Terhadulu, Remy ketika ini sibuk mempromosikan drama terbarunya Bukan Gadis Biasa yang kini sudah pun memasuki minggu akhir.

Sumber: Twitter Remy Ishak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI