Demi menyampaikan mesej kepada masyarakat tentang gaya hidup sihat, progam Maskulin Who’s Your Bro telah berkerjasama dengan grup larian popular, Challo Run untuk mengadakan aktiviti ‘fun run’ sempena KL Car Free Day pada Ahad.

Acara ini telah berjaya mengumpulkan hampir 100 pelari untuk sama-sama berlari di tengah-tengah kota dengan para finalis Who’s Your Bro dan anggota Challo Run sejauh 3KM dan 5KM.

Maskulin Who’s Your Bro x Challo Run Tawan Ibu Kota, Sebar Kesedaran Gaya Hidup Sihat

Menurut Ketua Bahagian New Gen dan Men & Hobbies Nu Ideaktiv yang juga Editor Pengurusan Maskulin, Fiezreen Ahmad,
kolaborasi ini mencerminkan dedikasi Maskulin untuk mendekati komuniti, sebagai suara yang membentuk gaya hidup positif.

“Penampillan finalis Maskulin: Who’s Your Bro memberikan peluang kepada mereka untuk berinteraksi secara langsung dengan peminat dan penyokong, sesuatu yang jarang berlaku kerana jadual penggambaran yang
padat.

“Keputusan untuk berganding dengan Challo Run adalah tepat kerana kedua-dua pihak membawa pengaruh besar dalam
menyemarakkan semangat kesihatan dan kecergasan.

Ads

“Inisiatif ini tidak hanya berhenti di acara ini, ia adalah permulaan kepada hubungan yang lebih strategik oleh Maskulin dan Who’s Your Bro,” katanya.

Who’s Your Bro X Challo Run Kumpul Lebih 100 Pelari

Jelasnya lagi, Maskulin akan terus berusaha sebagai platform untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan yang sihat.

Maskulin Who’s Your Bro x Challo Run Tawan Ibu Kota, Sebar Kesedaran Gaya Hidup Sihat Maskulin Who’s Your Bro x Challo Run Tawan Ibu Kota, Sebar Kesedaran Gaya Hidup Sihat

“Matlamat kami adalah membentuk
komuniti yang terus berkembang dan menggalakkan gaya hidup aktif melangkaui hiburan semata-mata.

Ads

“Who’s Your Bro X Challo Run adalah bukti
bahawa aktiviti kecergasan boleh menjadi penghubung yang kuat dalam masyarakat.

“Acara ini memperkukuhkan komitmen Maskulin sebagai platform yang mendidik, memotivasi, dan mendekati rakyat Malaysia melalui pendekatan yang bermakna.

“Dengan kehadiran peserta dari pelbagai latar belakang, inisiatif ini berjaya menyampaikan mesej tepat,” ujarnya lagi.

Acara ini turut menyaksikan kehadiran lapan finalis Maskulin Who’s Your Bro iaitu
Saddam Pittli, Irwan Kamaruddin, Hakimi Noordin, Asyraf, Ikmal Amry, Faidzal
Ali, Syafiq, dan Dr. Shazif.

Ads

Maskulin Who’s Your Bro x Challo Run Tawan Ibu Kota, Sebar Kesedaran Gaya Hidup Sihat Maskulin Who’s Your Bro x Challo Run Tawan Ibu Kota, Sebar Kesedaran Gaya Hidup Sihat Maskulin Who’s Your Bro x Challo Run Tawan Ibu Kota, Sebar Kesedaran Gaya Hidup Sihat

Malah, program Maskulin Who’s Your Bro X Challo Run turut diserikan lagi dengan kehadiran selebriti popular tanah air seperti Aedy Ashraf, Ezrrin Loy, Imran Aqil, Nik Rafaie, dan Safwan Nazri.

Sekadar informasi, program Maskulin Who’s Your Bro kini masih berlangsung dan sudah pun memasuki episod keenam.

Maskulin Who’s Your Bro ditayang pada setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria dan platform penstriman Astro Go.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI