Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 April ini telah menggugurkan tiga kategori iaitu Program Radio Meletop, Penyampai Radio Meletop dan Artis Lawak Meletop.

Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro Raqim Ahmad berkata, pengguguran tiga kategori tersebut adalah untuk memberi laluan kepada tiga kategori baru yang diwujudkan iaitu Artis Versatil Meletop, Influencer Meletop dan Top Top Meletop (berkumpulan/duo).

Sementara itu, Nabil Ahmad selaku hos program tersebut ada pendapatnya tersendiri apabila kategori Artis Lawak Meletop digugurkan.

Jelasnya, bakat-bakat pelawak kini semakin menyerlah kerana mereka tidak hanya tertumpu pada bidang melawak, sebaliknya mereka telah menunjukkan bakat dalam bidang lain.

“Bagi saya, mereka (pihak produksi) yang telah menggantikan Kategori Artis Lawak Meletop kepada Kategori Artis Versatil Meletop itu masuk akal juga kerana kita dapat lihat sekarang ini kebanyakan pelawak sudah menceburi pelbagai bidang seperti menyanyi, mengacara, penyampai radio dan pelakon. 

IKLAN

“Mereka sudah ada dalam kategori tersebut. Tambahan pula, sekarang ini dah tahun 2020,” kata Nabil.

“Masuk Akal Juga Kerana…,” – AME 2020 ‘Gugur’ Kategori Artis Lawak Meletop, Ini Jawab Balas Nabil Ahmad

Hos Gegar Vaganza ini ditemui pada sidang media Anugerah Meletop Era 2020 di Petaling Jaya pada Rabu.

IKLAN

Dalam masa sama, Nabil menganggap bahawa pelawak kini lebih versatil dalam pelbagai cabang seni.

“Mungkin akan ada percanggahan apabila ada dua kategori iaitu Artis Lawak Meletop dan Kategori Artis Versatil Meletop, kerana kita sudah nampak bakat-bakat pelawak ini kebanyakkannya sudah mula berkembang. 

“Mungkin AME nak selesaikan masalah ini dan letak dalam satu kategori sahaja iaitu Artis Versatil Meletop,” jelas Nabil. 

IKLAN

Bertemakan Yang Epik,Yang Legend, AME 2020 masih menampilkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.

Selain tiga kategori baru, kategori lain adalah Lagu Meletop Era, Penyanyi Meletop Era, Grup/Duo Meletop Era, Filem Meletop, Bintang Filem Meletop, Drama Meletop, Program Meletop, Pelakon Meletop, Hos Meletop, Artis Baharu Meletop, Couple Meletop, Fesyen Meletop dan Si Cilik Meletop.

https://www.instagram.com/p/B75Xa14p3GF/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI