Masuk Hospital Akibat Darah Tinggi, Isteri Pula Jalani Pembedahan Kanser, Azhan Rani Pohon Doa Buat Keluarga Harun Hashim

Share

Pelakon, Azhar Rani mengakui berasa agak sedih selepas mendapat perkhabaran mengenai pelakon senior, Harun Hashim yang dikhabarkan kini sedang menerima rawatan di hospital akibat serangan darah tinggi sejak tiga hari yang lalu.

Menurut Azhan, Harun kini dilaporkan baru sahaja sedar selepas ditidurkan untuk beberapa ketika.

“Allahuakbar, baru saja dapat berita abg @harunhashim_official kini sedang bertarung dengan serangan darah tinggi dan telah berada di hospital selama 3 hari. mengikut sumber, dia telah ditidurkan dan baru saja sedar,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Nur itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, dugaan ini sememangnya berat untuk dipikul oleh isteri kepada Harun yang dikhabarkan turut bakal menjalani pembedahan akibat penyakit kanser yang dialaminya.

“Ujian berganda juga buat kak sakinah isterinya yang khabarnya disahkan mengidap kanser dan terpaksa menjalani pembedahan segera pagi tadi.

“Moga Allah mengangkat doa2 kita semua yang mengenali dan mengasihi beliau dan isterinya, agar diberikan kekuatan dan kesembuhan segera. in shaallah. amin,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa duka cita selain turut menitipkan doa buat Harun dan juga isterinya.

“Semoga dipermudahkan dan semoga cepat sembuh buat Abang Harun dan isteri. Amin.

“Keep on fighting legend. Moga dikurniakan kesembuhan untuk kedua-duanya.

“Ya Allah kesiannya. Semoga Abang Harun Hashim cepat pulih seperti sedia kala,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Azhan turut dilihat ada memanjatkan doa semoga Harun dan isterinya masing-masing segera diberikan kesembuhan daripada penyakit yang dialami oleh mereka.

Sumber: Instagram Azhan Rani

Published by
Aizam Manaf