Masuk Hutan, Punggung Fazreen Rafi Bengkak Disengat Tebuan; Sekarang Ni Duk Fikir Macam Mana Nak…”

Share

Pelakon Fazreen Rafi baru-baru ini berkongsi kisahnya yang disengat tebuan selepas masuk hutan mendaki bukit sehingga terpaksa ditahan di hospital.

Berkongsikan perkara tersebut di Instagram, pelakon drama Ustazah Robotik ini mendedahkan dia disengat pada bahagian punggung.

Ia sekaligus menyukarkan dirinya untuk melakukan pelbagai aktiviti.

“Siapa sangka masuk hutan kena sengat dengan tebuan. Banyak pula tu.. dah la attack area bontot, gatai tebuan ni.

“Sekarang ni dah duk fikir macam mana nak tidur dan nak duduk mengenangkan bahagian tu membengkak dengan jayanya,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, para peminag dan rakan-rakan mendoakan semoga Fazreen segera sebuh selain berpesan supaya berhati-hati.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH