Ibu kepada penyanyi, Shila Amzah, Fauziah Sarman menyelarkan tindakan seorang pengguna akaun Instagram yang meninggal komen melampau terhadap dirinya dan anak-anak.
Selain mempersenda statusnya sebagai janda, individu terbabit turut menyifatkan Fauziah dan anak-anak sengaja ingin meraih perhatian di media sosial.
“Masuk IG saya kata saya dan anak-anak lapar publisiti. Panggil saya musibat dan kutuk saya janda. Terima kasih hina kami,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh Fauziah menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menerusi hantaran sama, Fauziah turut memuat naik foto tangkap layar yang memaparkan profile individu yang didakwa menghinanya itu.
Ads
Jelas Fauziah lagi, tindakan lelaki terbabit sebagai sesuatu yang hanya memalukan diri sendiri.
“Awak terlahir pun dari seorang perempuan. Memalukan sungguh lelaki mulut macam awak ni. Apa maksud musibat ye?” kongsinya lagi.
Malah, ibu kepada empat orang cahaya mata itu turut mengesyaki perbuatan tersebut mungkin dilakukan oleh pihak yang ada kaitan dengan isteri baharu bekas suaminya yang juga penyanyi, Datuk ND Lala.
“Mertua ex suami saya orang Melaka. Saudara mara penyondol ke tu?,” soalnya.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan individu berkenaan selain turut memberikan kata-kata semangat buat Fauziah.
“Siapa jantan ni? Kurag adab betul. Memalukan jadi lelaki. Suami dan bapa siapa ni? Biadapnya.
“Jangan mudah menghina orang saudara. Jadi janda pun sebab dapat lelaki yang tak tahu menilai dan menghargai seorang isteri.
Ads
“Saidatina Khadijah pun janda masa mengahwini Rasulullah. Betapa Allah angkat darjat janda ini. Berhati-hatilah bila keluarkan kenyataan. Takut musibah itu berbalik pada diri sendiri.
“Allahuakbar, ada juga manusia yang buta hati. Bukalah mata sikit. Tak tahu cerita sebenar, janganlah bercakap sedap mulut je. Sabar ye Kak Zie,” antara komen-komen netizen.
Sebelum ini Fauziah mengesahkan sudah diceraikan ND Lala menerusi lafaz dilakukan di sebuah masjid pada 2 Ogos lalu, namun hanya dimaklumkan mengenainya menerusi WhatsApp, enam hari kemudian.
Menerui perkahwinannya dengan ND Lala atau Amir Hamzah Salleh sejak 1989, Fauziah dikurniakan empat cahaya mata, Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fauziah Sarman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berita mengenai Britney Spears diiringi oleh paramedic dalam keadaan serabai dan banya berbalut selimut menjadi tular kelmarin sehingga ada yang membuat spekulasi dia kembali mengalami masalah kesihatan mental.
Namun penyanyi yang popular dengan gelaran Princess of Pop itu tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.
Namun apa yang lebih memeranjatkan, Britney Spears mendakwa dia ‘diperangkap’ oleh ibunya sendiri, Lynne Spears.
Dalam hantaran di Intsagram peribadinya, penyanyi yang popular dengan lagu Pieces of Me itu menunjukkan dia sebenarnya terseliuh di bahagian kaki sambil menunjukkan kepada umum bahagian yang bengkak.
Pada berita asal yang tular, Britney didakwa cedera selepas pertengkaran yang dikatakan dengan bekas kekasihnya, Paul Richard Soliz di hotel terkenal di Los Angeles.
Walaupu begitu ibu kepada dua cahaya mata itu menegaskan bahawa dia sebenarnya terjatuh ketika cuba ‘melakukan lompatan’ di dalam biliknya.
Dalam kenyataan yang dibuat, dia turut menyatakan yang paramedik datang ke lokasi di mana dia berada secara ‘haram’ sehingga menyebabkan kekecohan.
“Saya tahu ibu saya terlibat! Saya tak pernah bercakap dengannya dalam tempoh enam bulan dan dia menelefon saya selepas perkara ini terjadi sebelum berita ini tersebar kepada umum.
“Saya diperangkap sebagai mana dia lakukan sebelum ini. Saya harap saya masih ada datuk dan nenek. Saya tidak tahan dengannya. Saya tidak kisah untuk menyatakan perkara ini,” ujarnya dalam tulisan di kapsyen hantaran tersebut.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat sudah pun selesai pantang 44 hari setelah melahirkan puteri sulungnya, Ana Nayla pada September lalu.
Dia yang akui rasa teruja dan tidak sabar menghabiskan sisa-sisa waktu berpantang, meluahkan rasa gembira itu melalui sebuah posting di laman instagramnya pada Rabu.
“Esok genap 44 hari berpantang! MERDEKA!,” tulisnya ringkas.
Malah menerusi Insta Stories, penyanyi lagu Mata ini turut akui, dengan adanya servis berpantang dia akhirnya dapat menurunkan berat badan dengan lebih daripada berat badan asal sebelum hamil.
“Kita berpantang dengan @lavenderconfinementcare best! Esok genap 44 days! 45kg nkw. Lagi ringan dari sebelum pregnant,” kongsi Ayda.
Untuk Ayda Jebat selamat melahirkan puteri sulungnya pada pukul 7.07pm, 21 September 2021, seberat 2.77kg secara pembedahan.
Ayda menerusi media juga sebelum ini ada berkongsi makna di sebalik nama puteri sulungnya bersama suami, Nabil Mahir yang diambil bersempena dengan nama ibu dan mertua.
Dia turut menjelaskan, ‘Nayla’ juga memberi maksud berjaya.
“Kami sepakat gabungkan nama ibu, iaitu Rohana (ibu Ayda) dan Diana (ibu Nabil) yang mana keduanya-duanya berakhir dengan ‘Ana’.
“Sementara Nayla (Nailah) bermaksud ‘berjaya’ atau ‘achiever’,” katanya yang turut menyifatkan kehadiran permata hati sulung sebagai pelengkap keluarga.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Fasha Sandha memuji inisiatif aktres, Nora Danish yang memulakan usaha untuk menjernihkan lagi hubungan selepas beberapa tahun.
Menurut Fasha, titik tolak pendamaian itu bermula selepas Nora mengikuti akaun media sosial, Instagram miliknya.
“Pada awalnya, saya masih ada perasaan takut. Bimbang kalau Nora masih menyimpan perasaan marah lagi. Nak dijadikan cerita, dia yang mula-mula mengikuti saya di Instagram.
“Saya terkejut dan berfikir lama sama ada nak follow balik atau tidak. Hampir dua minggu juga saya berfikir.
“Kemudian, bila difikirkan semula, kenapa saya tak nak follow back pula? Saya tak perlu jadi bitter. Hati Nora sangat baik. Dia tahu Rayqal ialah abang kepada anak-anak saya.
“Jadi, kami follow Instagram masing-masing dan mula berkomunikasi melalui DM. Dari situ saya sedar, Nora punyai jiwa yang sangat besar dan tak kisah mengalah,” katanya kepada MH.
Fasha dan Nora ditemui ketika majlis perasmian dan pengenalan duta bagi produk keluaran Inayah Beuty, Gattox baru-baru ini.
Pada masa sama, Fasha juga memaklumkan dirinya telah banyak belajar daripada pengalaman lampau.
“Saya merasakan diri saya yang lebih banyak khilafnya. Semasa zaman muda, kita tak berfikir panjang sama ada perkara itu baik atau tidak.
“Kita rasa semua tindakan kita betul. Bila kita meningkat usia, kita jadi lebih matang dan tahu mana yang baik dan buruk.
“Sebenarnya, kita tak perlu jadi kawan baik pun. Cukup sekadar menyokong antara satu sama lain walau dalam diam.
“Yang penting kita tidak saling menjatuhkan. Kita adalah keluarga dan ikatan itu tidak boleh putus. Jejai juga sangat baik dengan kami,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Nora menegaskan dirinya tidak mahu lagi bermusuh dan berusaha menjaga hubungan baik ini sampai bila-bila.
“Kita hidup ini hanya sementara. Paling kita tak nak adalah bermusuhan dengan sesiapa pun lebih-lebih lagi kami dalam satu industri yang sama.
“Permusuhan itu perkara terakhir yang saya mahukan nak-nak lagi disebabkan lelaki. Memang tak la,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!