Belum reda video lawak disuap bubur cili, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu sekali lagi ‘buat hal’ apabila mengenakan fesyen rock kapak ala 80-an bersempena cabaran Catwalk Kostume di konti radio Sinar FM.
Menerusi perkongsian terkini di Instagram, Jep dilihat mengenakan T-shirt band, jaket kulit, headband dan seluar ketat corak zebra yang secara tak langsung kelihatan seperti ‘legging’ wanita.
Selain Jep, cabaran ini turut disertai oleh tiga penyampai lain iaitu Siti Elizad, Rahim R2 dan Angah Raja Lawak.
Terbaru, entri terkini di laman Instagram pelakon, Sari Yanti telah menarik perhatian ramai apabila dia berseloroh meminta suaminya, Jep untuk memulangkan semula seluar yang dipakainya itu.
Menerusi hantaran tersebut, Sari memuat naik foto corak kuda belang yang kelihatan sama dengan corak seluar yang dipakai Jep sambil memasukkan lagu Pulangkan dendangan penyanyi, Misha Omar.
Sebagai seorang sahabat baik, pelakon dan pelawak Achey meluahkan rasa berbaur apabila pelbagai isu timbul membabitkan keluarga arwah Abam Bocey selepas pemergiannya.
Katanya lagi, dia agak terkilan atas apa yang berlaku.
“Saya agak terkilan tu sebab cerita kebaikan dia ditutup kerana perkara yang boleh diselesaikan secara damai.
“Sebab apa saya rasa terkilan dengan pihak terlibat kerana tidak menyelesaikan secara damai dan bagi saya ia mudah untuk diselesaikan,” jelasnya kepada MH.
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata isu permasalahan atau konflik kekeluargaan sepatutnya diselesaikan secara baik bersama ahli keluarga lainnya.
“Saya ralat sikit sebab tengah kemuncak kebaikannya diceritakan orang ramai, bagaimanapun ia terjadi hal sedemikian pula.
“Jadi kalau tengok apa yang saya dan Fad lakukan, kami tak ambil tindakan apa-apa pun. Saya hanya teruskan menceritakan tentang kebaikan arwah supaya orang terus mendoakan arwah.
“Sebab pada saya bila satu individu bermasalah dengan satu individu lain, selesaikan dengan individu itu secara baik.
“Keluarga dengan keluarga selesaikan sebab itu adalah cerita dalam selimut.
“Saya sendiri pun sebagai kawan baik tak boleh nak campur cerita dalam selimut apatah lagi orang luar,” tulisnya.
Terdahulu, Achey ditemui pada Majlis Tahlil anjuran Astro Warna di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia di kediamannya, di Gombak akibat demam panas.
Jenazah Abam telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
#MHLive Allahuakbar, ini sekitar majlis Bacaan Yaaasin & Tahlil Allahyarham Abam Bocey. Alhamdulillah
Posted by MEDIA HIBURAN on Thursday, 27 February 2020
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi kesedihan akibat pandangan sesetengah netizen terhadap dua anak syurganya iaitu Azal dan Azil, Zarina Zainuddin menerusi segmen Apa Kes di Berita Harian, pelakon tersebut meluahkan rasa hati terhadap pasangan kembarnya itu.
Beberap hal dibincangkan, termasuk isu perkahwinan membabitkan mereka berdua.
Kata Zarina, Azal sering kali berkeinginan untuk memiliki teman wanita dan melangkah ke alam perkahwinan, namun siapa yang mahukannya?
“Dia dah 23 tahun, kalau besar ni orang dah ada girlfriend dah. Keluar, dating, jalan-jalan. Ada perasaan. Walau pun dia tak ada girlfriend. Dia kata perempuan ni cantik tapi siapa yang nak dengan dia kan?”
Malah, pelakon jelita ini turut kecewa dengan komen netizen yang disifatkan bagai mempersenda keadaan anaknya.
“Kadang kadang saya baca dekat IG pun saya sedih. Hey pakwe kau. Eei, tolonglah. Pakwe kau kot.
“Pandangan orang kan. Ada juga yang suka tapi biarlah, akak pun tak kisahlah.
“Bila tengok gambar perempuan, dia suka perempuan cantik.
“Saya tahu dia suka, dia pernah cakap dengan saya dia nak kahwin. Dah besar dia nak kahwin. Dia dah ada keinginan,” ulasnya sebak.
Turut terkesan dengan perkongsian pelakon berusia 48 tahun ini, netizen menasihati agar individu yang meninggalkan komen supaya menjaga perasaan insan lain.
Janganlah melontarkan kata-kata nista walaupun sekadar gurauan.
Sebaiknya, diam sahaja jika tiada apa komen yang baik untuk dikatakan.
Foto – Instagram ABPBH31
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Mira Filzah memuat naik foto bersama rakannya di laman Instagramnya, semalam.
Difahamkan pertemuan itu berlangsung di sebuah restoren di ibu kota bernama Birch, namun ada pula netizen yang tersalah sangka.
“Tak sangka kan, MF ni pakai je tudung tapi mencarut…kenapa perkataan mencarut tu ltk dekat location, kenapa tak dekat caption? Takut masuk melodi le tu,” tulis individu tersebut.
Susulan itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu dilihat membalas komen tersebut.
“Think before you speak,” balasnya.
Sementara itu, kelihatan ramai netizen bangkit mempertahankan Mira malah meluahkan rasa kesal apabila individu tersebut membuat tuduhan melulu.
Alahai, tak sangka insiden macam ini pun boleh wujud ya? Apa-apapun, syabas buat Mira yang tenang melayan individu tersebut. Mungkin, selepas ini individu itu boleh belajar daripada kesilapan.
Foto/Instagram: Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!