Pelakon dan penyampai radio Suria FM, Datuk Fizz Fairuz mendedahkan isterinya yang juga pelakon, Datin Almy Nadia telah selamat bersalin cahaya mata perempuan, Rabu lalu.

Bersyukur atas kelahiran anak kelima, perkara itu sekaligus meleraikan teka-teki mengenai status jantina anak bongsu pasangan selebriti itu, sebelum ini.

“Alhamdulillah, kami terima banyak ucapan dan doa daripada peminat. Malah ada yang cakap akhirnya dikurniakan anak lelaki.

“Tapi hari ini biarlah saya maklumkan, kami telah dikurniakan anak perempuan yang kelima,” katanya ketika ditemui pada hari pertama Siri Jejalah Suria FM Kuasa 2, di Angsana Johor Bharu Mall, Johor, pada Sabtu.

“Masuk Minggu Ke-37, Didapati Ada Bukaan 2 Sentimeter,” – Fizz Fairuz Dedah Almy Nadia Terpaksa Bersalin Awal “Masuk Minggu Ke-37, Didapati Ada Bukaan 2 Sentimeter,” – Fizz Fairuz Dedah Almy Nadia Terpaksa Bersalin Awal “Masuk Minggu Ke-37, Didapati Ada Bukaan 2 Sentimeter,” – Fizz Fairuz Dedah Almy Nadia Terpaksa Bersalin Awal
Fizz bersyukur kerana urusan kelahiran dipermudahkan, Almy juga berada dalam keadaan baik dan kini sedang menjalani tempoh berpantang.

“Kalau nak diikutkan, tarikh Almy dijangka bersalin adalah pada 6 Oktober depan. Namun bayi kelima kali lahir lebih dua minggu awal secara normal.

Ads

“Syukur semuanya dipermudahkan. Meski dua tiga minggu sebelum kelahiran, Almy mengalami sakit di bahagian bawah perut kerana kedudukan bayi yang sudah ke bawah sehingga dia sering keluar masuk hospital.

“Ketika itu, dia belum boleh bersalin lagi kerana bayi baru berusia 35 minggu. Setiap kali rasa sakit, doktor akan berikan ubat demi memastikan keselamatan bayi dalam perut.

“Jadi bila kandungan sudah masuk minggu ke-37 dan kami sekali lagi ke hospital untuk buat pemeriksaan, didapati sudah ada bukaan sebanyak 2 sentimeter,” katanya.

Sementara itu, hari pertama Siri Jelajah Suria FM Kuasa 2 di Johor Bharu menyaksikan 25 peserta telah menyertai sesi saringan KiraOke Suria.

Ads

Lima peserta terpilih ke peringkat akhir akan bersaing baru merebut hadiah utama berupa wang tunai RM3,000, hari ini.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin terharu atas sambutan baik yang diberikan pendengar, khususnya di Johor Bharu.

“Masuk Minggu Ke-37, Didapati Ada Bukaan 2 Sentimeter,” – Fizz Fairuz Dedah Almy Nadia Terpaksa Bersalin Awal “Masuk Minggu Ke-37, Didapati Ada Bukaan 2 Sentimeter,” – Fizz Fairuz Dedah Almy Nadia Terpaksa Bersalin Awal

Ads

“Saya difahamkan ada peserta yang berjaya mara ke final hari ini sanggup datang dari Terengganu seawal 6.00 pagi semalam semata-mata nak sertai KiraOke Suria.

“Bahkan ada juga yang datang dari Kelantan dan Kuala Lumpur selain warga Johor sendiri yang sama-sama mahu rebut peluang hadiah menarik yang ditawarkan.

“Kami gembira dan terharu atas respon baik yang diterima. Ia sama hebat dengan sambutan hangat di pulau pinang yang berlangsung pada 7 dan 8 September lalu.

“Harapnya situasi sama akan berterusan atau mungkin lebih hebat apabila siri jelajah ini ke lokasi seterusnya iaitu ke Nilai dan Kelantan selepas ini. Terima kasih buat semua pendengar setia kami,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI