Pelakon, Datin Almy Nadia memaklumkan suaminya yang juga merupakan aktor popular, Datuk Fizz Fairuz kini sedang menerima rawatan di hospital selepas dilaporkan diserang penyakit angin gastrik.
Menurut Almy, sejak dua minggu yang lalu, jadual pemakanan suaminya agak sedikit terganggu disebabkan paras asid di dalam perut semakin meningkat.
Lantaran itu, Almy memaklumkan dirinya terpaksa memujuk suaminya untuk datang ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.
“Harini sekali lagi dia dipaksa oleh isteri dia datang ke hopsital untuk buat acara serah diri disebabkan angin gastric.
“Doktor cakap gastric dia banyak sebab dah dekat dua minggu dia tak makan disebabkan asid dalam perut banyak,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Katanya lagi, selepas diberikan ubat, doktor menasihatkan Fizz Fairuz untuk mengikut jadual pemakanan yang betul agar insiden seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
Dikesempatan itu juga, Almy turut memohon kepada semua pihak untuk sama-sama mendoakan agar suaminya itu lekas sembuh seperti sedia kala.
“Now acara drip. Masuk ubat bagi dia okay. Lepas ni makan kena makan betul-betul. Doakan semua my boy cepat sembuh.
Ads
“I sentiasa ada dengan you okay sayang. Apa jadi pun i ada dengan you ok love @fizzfairuzofficial,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan agar segalanya baik-baik sahaja buat Fizz Fairuz.
“Allah…Semoga Allah angkat segala sakit Datuk Fizz Fairuz.
Ads
“Semoga diberikan syifa oleh Allah SWT. Amin.
“Semog cepat sembuh. Makan kena jaga. Pikiran kena positif. Happy selalu. InsyaAllah cepat baik.
“Syafakallah Datuk. Take care Datin,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Almy ada berkongsi mengenai keadaan suaminya yang yang diserang gastrik dan sakit belikat.
Malah, kebelakangan ini juga, Datuk Fizz sering kali kelihatan berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan mengenai penyakitnya itu.
Sumber: Instagram Datin Almy Nadia & Datuk Fizz Fairuz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tular sejak semalam apabila ada pengguna Twitter yang berkongsi video dengan judul “Mari Belajar ABC Bersama Sajat”.
Video berdurasi lebih dua minit itu merakamkan sedutan ayat dari video-video usahawan kosmetik berkenaan yang disunting mengikut abjad dari A hingga Z.
Mengulas mengenai perkara itu, Sajat mengakui terhibur dengan video berkenaan. Malah, dia sendiri memuji kreativiti netizen kini.
“Terlalu kreatif sangat netizen sekarang sebabnya ada video yang diambil itu dari tahun 2014 dan 2015 lagi. Macam tak terkata.
“Rasa kelakar pun ada…kalau budak-budak tengok, menangis tu. Kalau untuk sekadar hiburan kiranya okaylah.
“Apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada yang kreatif, edit video berkenaan. Bayangkan setiap huruf itu dia ‘pegang’, boleh sunting hingga jadikan ia sebagai bacaan ABC.
“Maknanya, walau saya tidak ada kategori popular tapi tetap trending di media sosial,” seloroh Sajat.
Semoga pembelajaran menyebut ABC dengan Sajat ini dapat mengembalikan semula sel-sel otak anda 🥰 pic.twitter.com/CaXrH6w5cZ
Sajat bagaimanapun sekali lagi menekankan, tontonlah video tersebut dalam sisi hiburan.
“Yang penting, ia sekadar hiburan. Kalau yang tak berapa elok tu, buanglah jauh-jauh sebab saya manusia yang tak pernah buat silap,” jelasnya kepada MH.
Sementara itu menerusi Instagram, penyanyi Abang Nak Tegur ini juga ada berkongsi mengenai namanya yang turut trending di platform sama.
Selepas berkongsi keadaan isterinya, Siti Sarah, ruang komen di Instagram Shuib dihujani dengan titipan doa mengharapkan agar penyanyi berkenaan serta bayi yang dikandung berada dalam keadaan baik.
Sarah yang disahkan positif Covid-19 terpaksa dikejarkan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.
“Assalammualaikum semua, sy mohon DOAKAN ISTERI SY SITI SARAH BT RAISSUDDIN. DOAKAN SEMOGA DIA DAN ANAK DALAM KANDUNGAN DIBERI KESIHATAN KEMBALI DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN. ALLAH MAHA SEGALANYA,” tulis Shuib sebagai kapsyen.
Lalu, para peminat meninggalkan komen yang baik-baik, memberikan semangat serta doa buat Shuib seisi keluarga.
Malah rakan selebriti turut menitipkan ucapan sama.
Terdahulu media melaporkan, Sarah yang kini sedang sarat hamil 7 bulan sepatutnya memotong gelang kuarantin pada Rabu, namun sejak semalam dia mengalami batuk.
“Petang tadi kira-kira jam 6.30 petang Sarah di bawa ke hospital menaiki ambulans.
“Sepatutnya Sarah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya mulai menurun,” kata pengurus Sarah, Nana Mohamad Rom.
Menerusi perkongsian video yang dikongsikan Shuib, Sarah kelihatan tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anak sebelum dibawa ke hospital.
Pada 25 Julai lalu, Sarah di Instgram memaklumkan dia dan Shuib serta tiga anak mereka, disahkan positif COVID-19.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi sebuah posting yang dikongsikan menerusi laman Instagram, penyanyi Jaclyn Victor memaklumkan anak lelakinya, Jonah Rivera baru sahaja mengalami kecederaan patah tulang bahu.
Menurut Jaclyn, Jonah merupakan seorang anak yang kuat dan sudah tentu dia akan sembuh dalam keadan segera.
“My Baby Boy is such a strong one. The song he is gonna hear for the rest of his life.
“No more monkeys jumping on the bed,” tulisnya.
Dalam pada itu, posting berkenaan turut disertakan dengan foto x-ray yang memperlihatkan keadaan terkini bahu anaknya itu.
Bagaimanapun, sehingga kini penyanyi lagu Gemilang itu dilihat masih belum berkongsi punca insiden tersebut berlaku.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen dan rakan artis terkejut saat mendengar berita tersebut selain turut mendoakan semoga Jonah lekas sembuh.
Untuk rekod, Jaclyn telah berkahwin dengan bintang R&B Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada tanggal 19 Julai 2014 namun memutuskan untuk bercerai sejak Januari lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.
Sumber: Instagram Jaclyn Victor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.