Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat turut memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham Bahanordin Deraman sebelum jenazahnya disempurnakan hari ini.

Menerusi entri terbaru di Instagramnya, Siti turut memohon doa semoga allahyarham Abang Bard (panggilan kebanyakan penggiat seni buat arwah) diampunkan segala kesalahan dan dilindungi daripada azab kubur.

“Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya.

“Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran.

“Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka,” tulisnya.

Ads

Malah, penyanyi Antara Permana itu turut berkongsi foto sama di IG Stories.

Dalam pada itu, Siti yang dilihat berhampiran jenazah, dirakam kandid dalam sisi tunduk.

Melihat di ruangan komen rata-rata netizen, turut berduka cita dengan perkongsian penyanyi berkenaan

Ads

Allahyarham yang mesra disapa ‘Abang Bard’ itu meninggal dunia pada pukul 8.30 malam tadi tadi akibat komplikasi kencing manis.

Ads

Abang Bard merupakan antara individu penting yang menguruskan perjalanan seni DS Siti seaktu diawal kemunculan bersama syarikat rakaman Suria Record.

Selain DS Siti, Abang Bard turut menguruskan beberapa artis ternama lain seperti Liza Hanim, 2 By 2 dan Datuk Rossa.

Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Masjid As Sobirin, Lembah Keramat pada pukul 9 pagi tadi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan AU4, Taman Permata selepas Zuhur.

Sumber: Instagram DS Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI