Selepas filem, Puteri Gunung Ledang, sebuah lagi filem ikonik tanah air, Leftenan Adnan dijangka bakal ditayangkan semula tetapi kali ini versi suntingan sutradara (director cut).

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pengarahnya, Aziz M Osman.

Malah, pengarah tersebut turut mendedahkan dia juga akan memasukkan kembali beberapa babak yang telah dipotong termasuklah adegan terakhir.

Ads

“Atas permintaan, in syaa Allah saya sedang usahakan filem Leftenan Adnan versi suntingan sutradara ke pawagam.

“Dan memasukan kembali adegan terakhir yang dipotong,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Aziz menerusi akaun Twitter miliknya.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja malah berharap agar perkara tersebut menjadi kenyataan.

Ads

Filem Leftenan Adnan yang dibintangi oleh pelakon seperti Hairie Othman, Umie Aida, Faizal Hussein dan ramai lagi telah pun ditayangkan pada tanggal 31 Ogos 2000.

Terdahulu, filem Puteri Gunung Ledang juga telah melalui proses yang sama dan telah pun ditayangkan semula di saluran Youtube selama satu hari pada 10 Oktober lalu.

Sumber: Twitter Aziz M Osman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI