Nama penyanyi Masya Masyitah sekali lagi menjadi bualan wargamaya susulan penyanyi berkenaan yang tampil menggayakan tudung yang dilihat menyerupai tocang rambut.
Menerusi perkongsian gambar di laman Instagramnya itu, Masya atau nama sebenar Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 22, memuat naik beberapa siri foto menggayakan imej hijab berkenaan di Dubai.
Rata-rata netizen menerusi ruangan komen memberikan reaksi pelbagai terhadap stail tudung yang digayakan.
“Haram pakai hijab ala-ala macam rambut, yang mana puji, semua dia balas, yang mana tegur dia buat tak tahu. Semoga kita sama-sama istiqamah ya sis.
“Dari bertudung litup sehingga menyerupa rambut. Saya tahu yang sebenarnya Masya aware tentang hukum pemakaian sebegini. Semoga berubah ke arah yang lebih baik.
“Tolonglah jangan dibuat main agama Islam kita sis. Nak pakai tudung, pakailah elok-elok. Aurat leher, public figure, ikutan remaja kini… jadilah contoh yang baik.
“Semoga Allah buka pintu hati Masya untuk menutup aurat dengan sempurna. Amin.
“Makin pelik la, unfollow bye,” komen beberapa netizen.
Bagaimanapun, ada juga peminat yang memberikan reaksi sebaliknya.
Sebelum ini, Masya pernah menjadi bualan gara-gara persalinan yang dipakai sebagai gadis berhijab selain mengenakan aksesori seperti subang pada bahagian hidung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Masya Masyitah