Pelakon senior, Mustapha Kamal telah memuat naik statusnya di Facebook, berkongsi mengenai kehidupan alam rumah tangga.
“Saya mendengar isteri bercerita mengenai kebahagiaannya mengendalikan rumah tangga dan anak-anak tersenyum apabila ditanya mengenai kehidupan,”tulisnya.
Siapa sangka, pelakon berusia 56 tahun itu mempunyai seramai 10 orang anak hasil daripada tiga perkahwinannya.
“Walaupun enam anak-anak saya dipelihara oleh ibu mereka tetapi saya tetap tidak lupa tanggungjawab terhadap mereka,” tulisnya lagi.
Ads
Tambah Mustafa, dia bersyukur kerana isterinya memaham kerjayanya sebagai anak seni.
“Saya bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan Susan. Dia bukan sahaja boleh menerima saya sebagai suami, malah enam anak saya daripada dua perkahwinan yang terdahulu semua dianggap seperti anak sendiri,” tambahnya.
Ads
Dalam pada itu,Mustafa turut memuji sifat keperibadian isterinya yang juga merupakan bekas pelakon, Susan Menon.
“Sifat keibuannya yang begitu menebal dan sikapnya yang sama rata dengan semua anak-anak saya membuatkan saya semakin sayang dan bertuah mendapat seorang isteri seperti Susan,” tulis Mustafa.
Ads
Untuk rekod, Mustapha dan Susan Manen dikurniakan dengan empat orang anak, Sabella Qawiema,18, Aulia Qayyiem,16, Salsabil Qurani,14, dan Naqli Qaddiem.
Manakala isteri pertamanya dikurniakan empat org anak iaitu Darul Amir Hazin,36, Darul Ali Hafiz,34, Darul Azam Harris,32, Dayang Aimi Shahira,29.
Dua orang anak lagi hasil perkahwinan keduanya dengan pelakon Kak Yong iaitu Ayuna,25, dan Ayuni,22 tahun. Keseluruhan 10 orang.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara, Mimie Haris berkongsi beberapa keping foto pra perkahwinan di laman Instagram miliknya.
Dalam muat naik tersebut, Mimie dilihat mengenakan persalinan kasual berona putih manakala tunangnya yang dikenali sebagai Amir mengenakan sut juruterbang disertakan latar lapangan terbang.
Malah wanita berusia 29 tahun ini turut meletakkan tanda pagar #surihatimrpilot. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Jun 2019.
“I’m gonna be a FATHER SOON Alhamdulillah. Lepas je story kitorang keluar dekat @mstaronlineofficial hari tu pasal anak, tak lama lepas tu my wife bgtau dia pregnant.
“Rezeki Alhamdulillah, tapi masa tu dia check sendiri je dkt rumah. Lepas tu bwk pegi klinik untuk confirmkan and YEAY!!!… Hehehe,” maklumnya menerusi Instagram.
Terharu dan syukur, Nazrief turut bertanya peminat mengenai jantina bayi sulung mereka.
“Berdasarkan gmbr ni, agak2 kandungan @angellajoliey ni baby boy or baby girl? Cuba komen kat bwh nak tengok korang hebat ke tak?
“P/s: nak menang iphone 12 mini? Tekan link dkt bio @angellabeauty.hq okay,” tulisnya.
Dia turut memuat naik video inbasan bayi dalam kandungan menerusi Insta Story.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan wargamaya turut tumpang gembira seterusya menitipkan ucapan tahniah buat pasangan ini.
Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri telah mendirikan rumah tangga bersama Aqma pada 15 November 2019.
Sehingga kini, perkongsian gembira itu sudah pun menerima hampir 10,000 tanda suka di Instagtam.
Foto:bInstagram Nazrief Nazri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...