Pelakon senior, Mustapha Kamal telah memuat naik statusnya di Facebook, berkongsi mengenai kehidupan alam rumah tangga.

“Saya mendengar isteri bercerita mengenai kebahagiaannya mengendalikan rumah tangga dan anak-anak tersenyum apabila ditanya mengenai kehidupan,”tulisnya.

Siapa sangka, pelakon berusia 56 tahun itu mempunyai seramai 10 orang anak hasil daripada tiga perkahwinannya. 

“Walaupun enam anak-anak saya dipelihara oleh ibu mereka tetapi saya tetap tidak lupa tanggungjawab terhadap mereka,” tulisnya lagi.

Tambah Mustafa, dia bersyukur kerana isterinya memaham kerjayanya sebagai anak seni.

“Saya bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan Susan. Dia bukan sahaja boleh menerima saya sebagai suami, malah enam anak saya daripada dua perkahwinan yang terdahulu semua dianggap seperti anak sendiri,” tambahnya.

Dalam pada itu,Mustafa turut memuji sifat keperibadian isterinya yang juga merupakan bekas pelakon, Susan Menon.

“Sifat keibuannya yang begitu menebal dan sikapnya yang sama rata dengan semua anak-anak saya membuatkan saya semakin sayang dan bertuah mendapat seorang isteri seperti Susan,” tulis Mustafa.

Untuk rekod, Mustapha dan Susan Manen dikurniakan dengan empat orang anak, Sabella Qawiema,18, Aulia Qayyiem,16, Salsabil Qurani,14, dan Naqli Qaddiem. 

Manakala isteri pertamanya dikurniakan empat org anak iaitu Darul Amir Hazin,36, Darul Ali Hafiz,34, Darul Azam Harris,32, Dayang Aimi Shahira,29. 

Dua orang anak lagi hasil perkahwinan keduanya dengan pelakon Kak Yong iaitu Ayuna,25, dan Ayuni,22 tahun. Keseluruhan 10 orang.