Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon Datin Maria Farida ada memuat naik sekeping foto terkini dirinya bersama peminat.
Di samping menitipkan ucapan salam Ramadan, Maria atau nama sebenarnya Maria Farida Atienza dilihat sangat manis mengenakan tudung rona merah jambu.
“Ramadhan Kareem.. As you fast and offer prayers to Allah, may you find your peace and happiness…,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilan pelakon berusia 52 tahun yang kelihatan sangat sopan mengenakan hijab.
Sehingga kini, entri berkenaan telah meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet.
Foto: Instagram Maria Farida