Penampilan pelakon Intan Ladyana yang tampil manis berhijab menarik perhatian netizen.
Menerusi foto yang dikongsikan suaminya, pelakon dan pengacara Harris Alif, 23, menerusi laman Instagram miliknya, Intan sekeluarga dilihat sedang menikmati percutian di sebuah kapal persiaran.
Rata-rata peminat dan netizen memuji penampilan terbaharu Intan, 40, yang kelihatan lebih manis dan ayu apabila bertudung.
Pelakon Indonesia, Ade Firman Hakim dilaporkan meninggal dunia hari ini pada Isnin pada usia 32 tahun.
Menerusi laporan Kompas.com, adik kepada Allahyarham iaitu Dai Tirta memaklumkan berita tersebut dan memberitahu abangnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5.20 petang.
“Iya (meninggal) diduga Covid-19. Meninggal pukul 17.20 sebelum Maghrib,” katanya seperti yang dipetik.
Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Tegal Alur, Kalideres, Jakarta Barat.
Allahyarham memulakan kerjaya seninya sekitar tahun 2008 lalu.
Selain menceburkan diri dalam bidang lakonan, arwah turut aktif dalam dunia nyanyian dan sempat melancarkan empat buah single, termasuk Perahu Biru yang dilancarkan Februari lalu.
Sumber: Kompas.com & TribunNews
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Ziha Salleh mengakui dia terkejut dan tidak menjangkakan single Adat Kasih memenangi kategori Lagu Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23), malam tadi.
Kemenangan tersebut sekaligus menafikan kemaraan empat lagu lain, iaitu Anakanda nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kucuma (nyanyian Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah), Intan Payung (Bunga menampilkan Noraniza Idris) dan Sang Purnama (Wany Hasrita & Wani Syaz).
“Bila saya tercalon, saya tak harap akan menang kerana yang tersenarai semuanya hebat-hebat belaka. Saya hanya menyampaikan lagu ciptaan Aubrey Suwito dan Tinta ini dengan sehabis baik.
“Saya terkejut dan bersyukur, tak sangka boleh meraih trofi ini dan menewaskan calon-calon lain yang sangat berbakat. Selama tujuh tahun dalam industri seni, ini merupakan kemunculan semula saya dalam bidang muzik.
“Dulu saya pernah menyertai program realiti sebuah program televisyenpada 2014. Selepas itu, saya banyak berlakon dan lagu ini menjadi ‘comeback’,” katanya.
Ditanya mengenai kritikan atau ada pertikaian di kalangan netizen atas kemenangan tersebut sekiranya ada selepas ini, Ziha memilih untuk optimis.
Baginya, adalah lebih baik untuk memandang perkara tersebut dari sudut positif.
“Saya dah tempuh macam-macam perkara sepanjang tujuh tahun bekerja dalam industri, mesti ada pertikaian netizen. Saya juga nak dengar apa kata netizen.
“Siapa tahu, ada di antara reaksi yang diberikan boleh saya ambil sebagai pengajaran. Apa yang baik saya teruskan, apa yang kurang baik akan saya baiki,” katanya.
Ziha pada masa sama memberikan dedikasi lagu tersebut kepada orang tuanya.
“Saya membesar di Johor Bahru dan merupakan seorang penari zapin. Bapa saya pun gemarkan lagu genre tradisional. Insya-Allah, selepas ini saya akan teruskan usaha untuk keluar dengan karya yang irama Malaysia dan etnik kreatif,” katanya lagi.
Selebriti popular, Nur fazura telah pun tampil menyanyikan single terbaharunya berjudul Bertahan Demi Cinta menerusi program wawancara Indonesia, Sea News Today, baru-baru ini.
Menjadi sorotan sejurus rakaman penuh wawancara itu di kongsikan di media sosial, keberadaan bintang filem Pisau Cukur itu di dalam rancangan berkenaan sebagai mempromosikan lagu hasilan Ippo Hafiz itu.
Menurut Fazura, single tersebut menceritakan mengenai perjuangan pasangan bercinta yang berusaha mempertahankan ikatan cinta mereka.
“Inspirasi lagu ini, mengenai lelaki dan wanita yang saling mencintai. Dan sudah tentu di dalam perkahwinan terutamanya, ada wajud pelbagai ujian dan sebagainya.
“Jadi, perkara yang paling penting adalah untuk kekal bertahan dan memperjuangkan rasa cinta kita. Kerana itu tajuknya ‘Bertahan Demi Cinta’.
“Kita mahu setiap pasangan itu tetap mengharungi segala cabaran dan mengatasinya bersama seterusnya berusaha kekal dalam perkahwinan,” katanya.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini antara lain, teruja dengan maklum balas positif para peminat terhadap lagu terbabit meski ada segelintir yang mengharapnya dia dan bekas suami kembali bersama.
“Kami menjalani proses rakaman pada bulan Febuari tapi muzik video ini baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas. Respon daripada peminat sangat menyentuh hati.
“Mereka juga sukakan lagu ini. Disebabkan perceraian saya, mereka mengharapkan agar kami bersatu semula.
“Dari sudut positif, para peminat sangat menunjukkan sokongan. Mereka berikan komen dan kata-kata semangat kepada saya dan bekas suami.
“Saya teruja mendengar komen-komen peminat. Mereka juga boleh kaitkan lagu ini dengan kehidupan mereka terutamanya buat pasangan suami isteri atau yang mungkin sudah bercerai,” kongsinya lagi.
Difahamkan kemunculan Fazura di dalam program itu adalah penampilan pertamanya selepas sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.
Bertahan Demi Cinta diterbitkan oleh syarikat rakaman Indonesia, Hits Records dan ia dilancarkan pada 10 Oktober lalu.
Lagu tersebut menjalani proses rakaman sekitar Februari lalu ketika Fazura dan bekas suami, pelakon Fattah Amin masih bergelar suami isteri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber: Youtube Sea Today News
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...