MasyaAllah…Dedah Adik Dah 3 Bulan Peluk Islam, Instafamous Ayana Moon Insafi Diri Dalam Keluarga Islam

Share

Bintang media sosial yang terkenal, Ayana Jihye Moon merupakan seorang gadis Korea mualaf yang telah memeluk agama islam sekali gus mencuri perhatian ramai.

Baru-baru ini, Ayana telah memaklumkan adik lelakinya juga telah memeluk agama Islam beberapa bulan lalu.

Berita gembira tersebut dikongsi Ayana menerusi satu komen yang dibalas di ruangan komen Instagram miliknya.

“@norjenabuka_ Dia sudah masuk Islam😅 sudah 3-4bulan. Alhamdulillah.”tulisnya.

Di samping itu, Ayana juga turut berkongsi insan bergelar Imam yang telah banyak membantu dia dan adiknya ketika mahu memeluk agama Islam.

“Meeting session with Imam of Seoul Central Masjid @abdrahmanlee . It’s always glad to meet him. He always shares many good ideas. Hopefully we can manage some Dakwah programs in Korea. InsyaAllah.

“And he is the person who guided my syahadah as an Imam and also as a witness. To my brother as well.

“His endless hard work for Korean muslims and muslims in Korea encourges me a lot. Always. Jazakallahu khairan. Allahu Akbar 바쁘신 와중에도 귀한 시간 내주셔서 감사합니다, 이맘님 #muslim,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat terharu dan gembira dengan berita yang dikongsikan gadis cantik ini.

Terdahulu, bintang media sosial berusia 23 tahun itu telah memeluk agama Islam pada tahun 2012.

Malah, dia juga turut mendedahkan beberapa keping foto si adik yang sekali gus membuatkan ramai gadis mengusik!

Foto : Instargam Ayana

Published by
Nazar Rafiqhi