Penyanyi, Eka Sharif meluahkan rasa hiba apabila mengumumkan dia terpaksa membatalkan perkahwinannya buat kali kedua.

Majlis yang sepatutnya berlansung hari ini terpaksa ditunda ke suatu tarikh yang baru ekoran salah seorang ahli keluarganya didapati positif COVID-19.

“MasyaAllah, kali kedua terpaksa postpone masjlis eka 4hb esok (hari ini).

“Atas sebab family member Eka buat swab test covid-19 di HUKM dan resultnya mengecewakan.

IKLAN

“Atas nasihat KKM kami diarah untuk tangguh majlis perkahwinan ini. Dugaan apakah ini,” tulisnya.

Tambah bekas peserta Akademi Fantasia 9 (AF9) itu, seluruh ahli keluarganya yamg ada membuat kontak rapat harus membuat saringan virus tersebut.

“Kami sekeluarga yang direct contact terpaksa pergi saringan pagi esok atas nasihat doktor.

IKLAN

“Btw, terima kasih kepada team wedding planner arma couture, royale palace, riffai couture, dhil catering, kek petalsandfrost, amira arsad henna, emcee, make up, artist dan semua team yang terlibat untul majlis kami esok,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Eka turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis perkahwinannya itu kerana fahak dengan situasi yang menimpanya.

“Memahami dan boleh proceed untuk Eka postpone lagi atas keselatan dan kebaikkan bersama. Thank you team. Love my wedding team,” katanya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Eka supaya bersabar dan mendoakan seluruh ahli keluarganya baik-baik sahaja.

Penyanyi Eka Sharif Batal Perkahwinan 24 Jam Sebelum Majlis, Kali Kedua Terpaksa Postpone. Ini Puncanya! Penyanyi Eka Sharif Batal Perkahwinan 24 Jam Sebelum Majlis, Kali Kedua Terpaksa Postpone. Ini Puncanya!

Sebelum ini, Eka terpaksa membatalkan perkahwinannya yang dijadualkan berlansung pada 11 April lalu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

sumber: Instagram Eka Syarif

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI