Pasangan pelakon Harris Annuar dan Asha Merican akhirnya mendedahkan wajah anak sulung mereka, Aura Medina kepada umum baru-baru ini.

Kecomelan puteri sulung pasangan itu dipuji lebih-lebih lagi warna matanya yang kelihatan seperti coklat jernih (hazel) yang dikatakan ‘mahal’ oleh netizen.

Malah, Harris secara berseloroh turut mengatakan anaknya itu seperti orang Turki disebabkan rupa parasnya yang kelihatan seperti orang dari sana.

“Makcik Turki nak keluar berjalan.  Ini dia makcik Turki.  Makcik jual karipap ke? Comelnya,” seloroh Harris menerusi video yang dikongsikan laman Instagram miliknya.

Ads

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan anak pasangan ini yang dilahirkan pada 26 Mac lalu.

“MasyaAllah mata mahal.

“Dia punya mata another level, cantik gila.

Ads

“MasyaAllah cantiknya mata awak Aura.  Semoga cantik dan sihat selalu.

“Geramnya, comelnya dia.

“Budak ni ke yang suka bau simen dan dinding tu,” komen beberapa netizen.

Ads

Untuk info, Harris dan Asha berkahwin pada 11 Jun tahun lalu selepas empat tahun bercinta.

Sepanjang kehamilannya, Asha pernah mengidam benda-benda pelik seperti bermain lato-lato dan menghidu bau simen dinding.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI