MasyaAllah…Mawi Imamkan Solat Jenazah, Urus Pengebumian Arwah Ibu

Share

Terdahulu, ibu kepada penyanyi Mawi, Ramlah Sarlan telah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Felda Taib Andak, Kulai, Johor, bebebrapa hari lalu.

Lalu, bintang ini dihujani dengan ucapan takziah dari peminat dan rakan selebriti atas pemergiaan ibu tersayang.

Lalu Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani menerusi entri terkininya di Instagram ada berkongsi video beberapa keratan video saat solat jenazah serta pengebumian arwah ibunya dijalankan.

“Emak,” tulisnya ringkas pada posting berkenaan.

Lantas, rakan selebriti dan peminat sekali lagi menitipkan ucapan salam takziah kepada Mawi sekeluarga.

Lebih membuatkan ramai terharu, Mawi turut dirakam menjadi imam serta menguruskan pengebumian arwah si ibu.

MH mengucapkan salam takziah kepada Mawi dan semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Terdahulu, bintang juara program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga itu pernah kehilangan bapa tercinta akibat masalah jantung pada tahun 2006.

Video : Instagram Mawi