
Alunan surah Al-Bakarah ayat 183 daripada, penyanyi, Zizi Kirana nyata menyentuh hati banyak pihak.
Video bacaan ayat suci Al-Quran itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi asal Sabah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Zizi turut merakamkan ucapan terima kasih buat gurunya, Ustaz Fahmi Ashraf kerana telah membimbingnya untuk bertaranum.
“Terima kasih Ustaz Fahmi Ashraff ajarkan Tarannum Bayyati,” tulisnya.
Video berdurasi hampir seminit itu telah pun meraih hampir 300,000 jumlah tontonan dan dihujani ribuan komen di Instagram.
Rata-rata netizen dan rakan selebriti memuji kemerduan suara Zizi saat mengalunkan surah tersebut.
“MasyaAllah merdunya. Sedap sangat.
“Merdunya, tenang hati dengar.
“Tenang jiwa ragaku.
“Ya Allah nak menangis mendengar bacaan Zizi ni.
“Kagumnya dengan awak sis. Please buat selalu,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sebelum ini, Zizi juga pernah berkolaborasi bersama kumpulan nasyid, UNIC untuk mengalunkan qasidah menerusi lagu yang berjudul Purnama.
Sekadar informasi, Zizi telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Yusof Baharin pada tanggal 19 September tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zizi Kirana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MHSpeku: Abam Kena Cemuh Dengan Masyarakat?

Haish, macam-macam lah! Baru-baru ini MH ada terlihat satu posting Abam dari kumpulan Bocey yang meluahkan rasa kesal dan sedihnya dia terhadap individu yang tidak bertanggung jawab suka mencemuh orang.
Situasi ini membuatkan MH bersepkulasi apakah yang terjadi sebenarnya? Sebab setahu MH Abam kini sedang berbunga-bunga maklumlah akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi!
Melalui postingnya 19 jam yang lalu, Abam ada berkata dirinya akan tetap berdiri dengan cemuhan, kejian, cacian walaupun mereka tidak mengenali dirinya.
A post shared by ABAM BOCEY (@abam_bocik) on
“Berdiri dgn cemuhan,kejian,cacian walaupon mereka tidak mengenali siapa… itu lumrah dunia…. sentiasa dikawal oleh satu kerajaan tubuh iaitu HATI… dgn HATI mereka mati…dgn HATI mereka memaki…dan dgn HATI mereka menyesali…Kita akan dihitung dgn apa yg kita lakukan…. #kitabaikramaisayang #kesaldengancemuhan #taksukabolehjalan,” tulisnya dengan cukup mendalam.
Menyedari dan memahami apa yang ingin disampaikan, ramai pengikut Abam turut memberi semangat buat bakal pengantin baru ini.
Hmmm, Jujur MH tidak sangka, Abam yang begitu ceria dan comel ini pun ada juga masuka mendengki ya.
Apapun MH harap Abam bersabar dengan apa sahaja yang terjadi. Abaikan segala kata negatif dan terus semangat mengejar cita-cita!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Susah Dia Nak Jaga Solat Walaupun Gaji Banyak RM10k…,” – Jumpa Pengurus Produksi Kini Pekerja Pam Minyak, Azuan Mazlan Ulas Dalam Kesukaran Ada Rahmat

Bekas pelakon, Azuan Mazlan jujurnya tidak pernah menyangka akan bertemu pengurus produksi yang bertanggungjawab mengambilnya berlakon buat kali pertama, tetapi kini difahamkan bekerja di sebuah pam minyak.
Jelasnya, bekas pengurus produksi yang dikenali sebagai CheMat Butang itu menawarkannya peluang berlakon drama Kamilia Katrina dan kehilangan pekerjaan selepas jatuh sakit.
Luahnya, dahulu CheMat pernah meraih pendapatan paling minimum RM10,000 sebulan namun kini kehidupannya tidak semewah dahulu.
Namun ujar Azuan, dalam kesukaran terdapat rahmat apabila CheMat sudah mula menunaikan solat jemaah yang dahulunya mungkin agak sukar baginya.
Dia juga meminta rakan artis yang pernah dibantu CheMat agar tampil menghulurkan bantuan buat lelaki itu.
Difahamkan dia bekerja di Petronas Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam menuju ke Klang.
“Assalamualaikum wbt…
“Syukur kehadrat Illahi kerana Kita masih diberi kesempatan untuk beramal soleh kepada Allah swt.. malapetaka paling besar pada manusia apabila dia buat kebaikan tetapi tiada iman.. buat baik semua orang boleh buat tapi percaya dengan janji2 Allah swt ini bukan semua orang boleh amalkan kerana ianya adalah anugerah dari Allah swt.
“Contoh pertama, dia bersedekah tapi tak tutup aurat bermakna dia belum yakin pada janji Allah swt, contoh kedua.. dia solat tapi dia masih mengumpat pasal orang lain.. itu bermakna solat dia & keimanan dia ada masalah kerana dia belum kenal Tuhannya.
“Terkejut aku hari ini, apabila di pam minyak selepas aku bayar duit minyak aku ditakdirkan oleh Allah swt berjumpa dengan seorang insan yg terawal memgambil aku berlakon dulu, dia ambil aku dalam cerita 60 episod KAMILIA KATRINA untuk astro pada tahun 2009 dulu.
“Nama dia CheMat butang, mula2 dia tak perasan aku sebab aku pakai mask. Aku tegur dia CheMat kan? Dia terkejut pastu aku buka mask baru dia kenal aku.. MasyaAllah.
“Rupanya dia sakit sebelum ini sehingga dia hilang pekerjaan dia sebagai Production Manager. Dia kata, dia nak nangis bila nampak aku, aku pun memang nak nangis tapi aku tahan je la.. tapi itulah kehidupan kadang2 kita diatas & kadang kita dibawah.. yang penting Kita kena selalu bersyukur selalu atas semua nikmat Allah swt.
“Aku bersyukur sangat2 sebab aku tengok dia dah jaga solat berjemaah.. Solat pun dah tak tinggal.. Aku lebih suka pekerjaan dia sekarang dan dia boleh jaga solat.. kalau kerja shooting dulu memang susah dia nk jaga solat walaupun gaji banyak rm10k minimum sebulan dan gaji sekarang terlalu banyak kurang dr segi angka tapi yakinlah chemat kat situ Ada keberkatan.. pasti cukup.
“Alhamdulillah saya dulu masa berhijrah pun rasa tergugat tapi yakin & bersabarlah.. Akan tiba masanya, Allah akan hantar bantuan & sahabat2 yg soleh. Allah akan guide kehidupan Kita & Allah akan bagi ketenangan yang semua manusia cari.. Rupa2nya ketenangan itu hanya dengan mengamalkan kehidupan dengan agama ikut sunnah Rasulullah saw.
“Kpd rakan2 artis saya diluar sana yang ada kemampuan & yang dah glamour, tolonglah datang ziarah Chemat tanya khabar,” kongsinya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Saad bin Abi Waqas (@azuanmazlan7) on
Rakan artis turut meninggalkan reaksi di ruangan komen.
Foto : Instagram Azuan Mazlan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Benjolan & Sakit Belakang Berpanjangan, Fad Updete Achey Masuk Hospital

Disebabkan terdapat bonjolan dan masalah sakit belakang yang berpanjangan, pelawak Achey terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Batu Pahat, Johor bagi menjalani ujian pengimejan resonan magnetik (MRI).
Berkongsi berita berkenaan, rakan baiknya yang juga merupakan anggota kumpulan Bocey, Fad memberitahu, Achey kini masih menunggu keputusan ujian bagi rawatan susulan.
“Dia dah lama ada benjolan tu dan ia ada ketika memberi kesan sehingga menyebabkan rasa sakit badan.
“Dia dalam keadaan baik sahaja, cuma masih menunggu keputusan MRI,” katanya kepada MH.
Fad memaklumkan perkara tersebut ketika ditemui di sidang media Muzika Lawak Nusantara yang berlangsung di Royale Chulan The Curve, Petaling Jaya pada Rabu.
Tambah Fad, pengalamannya berdepan dengan masalah slip disc sebelum juga antara faktor dia menggesa rakannya itu segera melakukan pemeriksaan.
Menurutnya lagi Achey masih belum membuat keputusan untuk melakukan pembedahan bagi membuang benjolan tersebut.
“Sebelum ini saya dah pernah alami slip disc, jadi saya tahu bagaimana rasa sakitnya. Sebab tu saya nasihat dia buat pemeriksaan.
“Sebarang rawatan lanjut masih belum diputuskan lagi. Saya pun belum dapat bercakap lanjut dengan Achey selapas melakukan MRI.
“Dua hari lepas saya hanya sempat berhubung dengan isterinya sahaja.,” ujarnya.
Achey sebelum ini berkongsi beberapa hantaran dia kini berada pusat perubatan berkenaan sejak Selasa namun tidak memaklumkan punca.
Terdahulu, Fad dan Achey bakal bersatu kembali sebagai Bocey setelah mereka diundang sebagai salah satu kumpulan lawak bagi konsert yang menggabungkan pelawak Malaysia dan Indonesia, Muzika Lawak Nusantara.
Selain Bocey, konsert ini juga bakal menampilkan kumpulan Zero, Aziz Gagap, Sule, Rina Nose dan Datuk AC Mizal.
Muzika Lawak Nusantara bakal berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada 19 Ogos 2023.
Tiket akan mula dijual pada harga RM128 (Blue Zone), RM188 (Purple, Yellow & Red Zone), RM328 (VIP) & RM368 (VVIP).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI