Selepas fesyen terkenal yang pemilik bersama jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin mengumumkan isterinya, Nurida Suraya telah pun selamat bersalin, figura ini ada memuat naik foto keluarga kecilnya di Instagram.
Meramkan foto bertiga saat isterinya masih lagi berada di katil hospital, para pengikutnya tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah atas kelahiran bayi perempuan yang diberi nama Rizqaa itu.
Hos Nabil Mahir meluahkan rasa teruja sekali gus akui dia hilang kata-kata kerana akhirnya dapat menatap wajah anak pertama apabila isterinya yang juga penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat selamat melahirkan bayi perempuan, semalam.
Menurut Nabil, sepanjang proses kehamilan juga bayi sulung merekaselalu memberikan maklum balas yang positif.
“Saya sering bercakap ketika dia masih dalam perut ibunya dan dia selalu memberikan respon yang baik. Syukur dapat bertemu dengannya.
“Doakan semoga Ayda dan puteri sulung kami diberikan kesihatan yang baik,” katanya, memetik Harian Metro.
Dia pada masa sama turut memaklumkan Ayda berada dalam keadaan yang baik selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi mereka.
“Semuanya baik-baik saja. Lagipun proses pembedahan berjalan dengan cepat. Cuma sekarang dia tidak berasa selesa kerana terpaksa menahan kesakitan.
“Dia seorang ibu yang kuat. Saya tak rasa saya mampu mengalas tugasnya ketika melihat keadaan dia yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak.
“Disebabkan Ayda mengalami kontraksi dan bayi dalam keadaan songsang, jadi puteri kami perlu dilahirkan seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang,” katanya lagi.
Ayda yang popular menerusi lagu Mata itu selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.77 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan, di sini, jam 7.07 malam semalam.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa sahaja yang tidak mengenali pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang sinonim dengan kerja amal serta memberi bantuan kepada masyarakat bersama pasukannya.
Terbaru, Ebit meluahkan rasa simpati dan sayu apabila menziarahi segenlintir pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dalam pada itu, Ebit telah memberi sedikit sumbangan barang keperluan kepada segelintir pemandu teksi yang mengalami masalah kewangan selepas berlakunya pandemik Covid-19 di seluruh dunia.
“Sayu sangat rasa ziarah driver taxi airport klia. Bila tengok wajah macam ayah. Macam mak. Macam abang kakak kita sendiri semuanya menangis. Berapa gaji abang seminggu ini. Rm80 ustaz. Susah nak dapat trip. Sebulan ada yang dapat Rm400 macam tu pun ada. Sebelum ni langsung tiada. Dari bulan Mac sampai sekarang tiada pendapatan langsung. 7 bulan dah. Saya dapat beri sedikit barang dapur untuk 300 orang. Mereka ada 700 orang.
“Abang dan kakak ni menangis kata. Ustaz, terima kaseh datang sudi tanya khabar kami. Sudi bantu kami. Semua cakap sikit menangis. Ya Allah..sedihnya suasana macam ni.
“Berhari-hari tidur dalam kereta nak tunggu dapat customer. Jika ada. Tunggu barisan. Tadi ramai menangis bila saya kata sabar ujian kasih sayang Allah. Bila abang-abang ni menangis saya dah makin sebak. Begitulah ayah-ayah ni. Disebalik wajah ayah yang tegas, hampir semua menangis tadi. Syarikat membantu dengan tidak caj kereta dan ada juga beri bantuan makanan.
“Terasa sebak jer. Masa berdoa tadi semua menangis. Bila tengok tangisan mereka teringat betapa berat ujian mereka. Begitulah ayah-ayah ni semua. Allahuakbar. Inilah kerja mereka selama ini. Kini semua dah berubah. Doakan yer buat abang kakak ni semua. Cuma mampu beri sedikit bantuan makanan.
“Buat sahabatku semua jika ada kawan tiada kerja tolong tengok-tengokkan yer. Bantu ikut kemampuan. Ya Alllah maafkan saya. Ampunkanlah diriku ini-ebitlew,” tulisnya.
Video: Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon remaja, Puteri Balqis gembira dengan respon positif netizen yang kagum melihatnya bertutur di dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan loghat British.
Menurut Puteri atau lebih mesra disapa Aqish, penguasaan Bahasa Inggeris boleh menjadi ‘plus point’ dan membuka peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus.
“Saya sangat bersyukur. Setengah orang, dia melihat orang yang bertutur dalam Bahasa Inggeris ini seperti bongkak. Ini sebenarnya ilmu yang sangat penting.
“Ada banyak pekerjaan yang memerlukan kita bercakap di dalam Bahasa Inggeris. Takkanlah kita pergi ke luar negara nak cakap Bahasa Melayu.
“Sejak daripada kecil, saya berulang kali diajar dan diberi latihan mengenai sesuatu topik untuk menguasai Bahasa Inggeris,” katanya kepada MH.
Aqish berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama terbaharu, Terlanjur Cinta yang berlangsung di The Agam, Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada Rabu.
Katanya lagi, ibunya juga telah memberikan latihan intensif sejak daripada kecil.
“Ibu saya pula, tahap dia nak saya menguasai Bahasa Inggeris sejak kecil, bila beli buku latihan huruf ‘ABC’, dia akan tulis pelbagai perkataan daripada setiap huruf.
“Dia pun tak kisah kalau saya menulis perkataan Bahasa Inggeris di dinding. Walaupun ia agak sukar tapi sangat berbaloi. Saya masih lagi belajar sehingga hari ini,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Aqish turut memaklumkan dia kini sedang menyertai kursus Bahasa Inggeris dan banyak berjumpa dengan orang-orang dari negara luar.
“Sejak kecil, saya hanya mempelajari Bahasa Inggeris asas sahaja dan tiada loghat. Namun, bila kerap kali menonton video di Youtube, dari situ juga saya belajar.
“Sebenarnya, saya juga kini menyertai kursus British Council dan berjumpa dengan ramai kawan-kawan berbangsa Inggeris.
“Kami kerap berbual dan itu yang membuatkan saya rasa yakin untuk berbual,” katanya lagi.
Ditanya bagaimana caranya untuk mencari keyakinan bertutur di dalam Bahasa Inggeris, pelakon berusia 17 tahun ini menyifatkan persekitaran dan kumpulan yang positif amat memainkan peranan.
“Bila di kelilingi orang yang positif, cakap salah pun mereka akan perbetulkan. Ia bergantung kepada orang sekeliling dan persekitaran kita.
“Kalau dikelilingi orang negatif pula, cakaplah Bahasa Inggeris sefasih mana pun, akan tetap dikeji.
“Pada saya, kalau kita di kelilingi orang-orang negatif, teruskan sahaja bercakap Bahasa Inggeris. Pada saya ilmu itu sangat penting,” akhirinya.
Terdahulu, Terlanjur Cinta merupakan sebuah drama sarat emosi yang diarahkan oleh pengarah terkenal Erma Fatimah dan akan ditayangkan di platform penstriman, Viu.
Selain Aqish, filem ini turut dibintangi barisan pelakon seperti, Syafiq Kyle, Datin Seri Ummi Aida, Khir Rahman dan Syafi Tee.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam usaha menyebarkan rezeki dan berkongsi kebahagiaan bersama pelanggan setia, penyanyi Noraniza Idris bersama pasukannya, tampil dengan inisiatif Golden Voucher yang dimasukkan secara rawak...