
Pelakon, Datin Seri Umie Aida yang baru sahaja menerima kehadiran seorang bayi perempuan sebagai anak angkat berkongsi tips berkesan cara mendidik anak agar mampu hafal dan khatam Al-Quran pada usia muda.
Pelakon Dukun itu memuatkan beberapa sedutan video di Insta Stories anaknya sedang diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
“Alhamdulillah anak me senang sangat jaga,” kongsinya.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/07/c8a1d0db-4127-4142-8739-9301bf2401a0.mp4?_=9“Bagi susu setiap 2 jam sekali,” tulisnya lagi.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/07/d38af6b9-b4dd-4812-993d-efe846ae2418.mp4?_=10“27/7 me pasang quran juz1 selama usia baby sebulan,” tambah Umie.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/07/1f7c05ed-f11b-47a4-8427-81861a596074.mp4?_=11“Usia 2 bulan…juz 2 dan seterusnya sampai habis 30 juz. Kaedah mendidik anak untuk hafal dan khatam quran usia muda dari ustaz adi hidayat. Insya’allah,” doanya.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/07/33720523-eb2b-4386-aa37-d5e15ea2b635.mp4?_=12Umie sebelum ini memiliki dua anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhelmy, 25, yang berada di bawah jagaannya semenjak kedua-duanya masih kecil.
Umie mendirikan rumah tangga bersama Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan pada Mac 2010 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Foto : Instagram Umie Aida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Selalu Buat Kejutan Beruk…,” – Aaron Aziz Terkejut Melihat Jari Anak

Datuk Aaron Aziz dilihat sekali lagi terkejut dengan hasil kreativiti salah seorang anaknya, Dahlia Arissa, 10 yang berkemahiran dalam melakukan solekan efek yang telah dipelajarinya sejak tahun lalu.
Malah, hasil kerja seni anaknya itu turut dikongsikan menerusi salah satu entri pelakon Ombak Rindu itu di Instagram, beberapa hari lalu.
Dari gambar yang dikongsi, ia secara jelas menunjukkan jari telunjuk kanak-kanak itu seperti terkoyak dan berlumuran darah.
View this post on InstagramA post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on
“Haihhh….anak…anak…. selalu buat kejutan beruk. Dan byk kali la Daddy cakap Daddy takut benda benda berlaku.
”Apa apa pun @dahliaarissaaaron memang talented!!! Good job Ahlia!,” puji Aaron sambil disusuli dengan beberapa tanda palang.
Solekan itu baharu sahaja dipelajari Dahlia dan dilakukannya sendiri.
Lalu, entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya bila ramai memuji dan tak kurang yang masih lagi terkejut meski Aaron pernah berkongsikan hal sama sebelum ini.
Aaron sebelum ini ada menyatakan rasa bangganya atas kemahiran puterinya itu.
View this post on InstagramA post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on
View this post on InstagramA post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on
Terdahulu, Aaron yang mendirikan rumah tangga dengan Diyana Halik turut mempunyai dua lagi cahaya mata lain iaitu Danish Anaqi dan Dwi Ariana selain Dahlia.
Foto: Instagram Datuk Aron Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terpaksa Cancel Semua…,” – Jumpa Pakar, Isteri Lan Solo Maklum Alami Masalah Rahim Turun & Hemoglobin Rendah

Isteri Lan Solo, Nur Sheila Hassim ada memaklumkan dirinya terpaksa mengambil rehat atas status kesihatan yang kurang mengizinkan.
Jelas ibu kepada empat cahaya mata ini, doktor mengesahkan kedudukan rahimnya turun dari kedudukan asal. Malah tahap homoglobinnya juga rendah.
Atas situasi yang berlaku, Sheila mengakui sukar untuk berdiri tegak dan kerana itu, ia menyebabkan rasa sakit sejak seminggu lalu.
“KISAH SEMALAM. Erm… Tak tau nk mula kat mana tapi semalam memang hari yang hectic. Suddenly lower abdomen KY (Sheila) cramps sampai tak boleh berdiri tegak.
“Sakit dah almost seminggu (even masa teman LS (Lan Solo) shooting pon mmg dah sakit – org terdekat dah tau).
“Tapi masih boleh jalan dan buat kerja walaupun terbatas jugak la. Tapi semalam, KY decide untuk terus pi jumpa pakar.
“Rupa-rupanya serviks sedikit turun dari kedudukan asal dan hemoglobin rendah. Tu pasal KY pitam terus.
“Terpaksa la KY cancel semua shoot / meeting / training dan lain-lain,” tulisnya dalam satu status di Facebook, hari ini.
Dalam pada itu, Sheila turut meminta ramai agar mendoakan yang terbaik buat suaminya yang bakal bersaing dalam program Vokal Mania minggu ini.
“Sampai dah ready utk admit la. Tapi doktor bagi pelepasan rest kat rumah je, lega.
“So now, untuk seminggu dua ni. KY akan berehat sahaja, bukan kuarantin ya.
“U guys, doakan LS dapat buat yang terbaik untuk #VokalMania minggu ni tau sebab lagu tu agak mencabar ye. Ce teka lagu apa?,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Sheila dan Lan mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 dan diserikan dengan empat cahaya mata, Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara dan Muhammad Akid Qassyaff dan Nur Amna Quxandra.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ini Amalan Turun-Temurun,” – Tular Video Konon Selit Jampi Basuh Beras, Thalia Baiduri Respon Dakwaan Tundukkan Suami

Usahawan dan pelakon, Datin Thalia Baiduri tidak menyangka gurauannya membaca ‘ayat jampi’ ketika memasak buat suami dalam satu sesi siaran langsung di Tik Tok baru-baru ini telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.
Menurut Thalia, ‘jampi’ yang dimaksudkannya itu sebenarnya ialah selawat yang disertakan dengan ayat suci Al-Quran bagi mendapat keberkatan Allah SWT.
“Saya hanya bergurau di dalam sesi siaran langsung. Tak tahu pula yang ia akan menimbulkan isu.
“Saya tahu ada yang mengecam saya tapi banyak juga yang postif. Mereka tahu saya baca selawat dan ayat Al-Quran. Bukannya baca bacaan karut.
“Ada di antara mereka ingat saya betul-betul baca ayat jampi,” katanya ketika ditemui di Majlis Talia Glitz Raya – ‘Budaya Bertemu Busana’ di Tamarind Square, Cyberjaya pada Selasa.
Katanya lagi, bacaan tersebut juga ialah amalan turun temurun yang seharusnya diamalkan seluruh umat Islam.
“Saya masih tahu dosa pahala, Alhamdulillah. Itu merupakan amalan turun temurun yang selalu digunakan oleh nenek moyang kita seperti selawat Ya Latif.
“Ia juga merupakan ikhtiar untuk menjaga kebersihan dan amalan yang disarankan sebagai umat Islam.
“Kita memang digalakkan untuk membaca ayat suci Al-Quran bukan sahaja ketika memasak atau basuh beras tetapi juga dalam setiap perkara yang kita lakukan,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada suaminya, Datuk Shahriza Amir terkesan dengan isu tersebut, Thalia menjelaskan suami tahu ia tidak benar.
“Suami saya tak terkesan pun sebab dia tahu isterinya bukan orang sebegitu. Dia pun ketawa sahaja bila isu ini terjadi sebab dia tahu ini adalah gurauan.
“Dia juga ikut gurau sekali ketika sesi siaran langsung. Dia pula tanya kepada netizen, betul ke dia dijampi.
“Rasanya tak perlulah saya nak menjampi kerana saya sudah kelihatan cantik buat suami,” selorohnya.
Sementara itu di dalam acara sama, Thalia turut melancarkan lima edisi rekaan eksklusif baju raya sempena Aidilfitri.
Lima rekaan busana Syawal kali ini ialah Thalia, Arisya, Dahlia, Iman dan Baiduri.
Malah, Thalia turut memperkenalkan satu lagi produk terbaharunya, Glam V yang diformulasikan untuk membantu mengurangkan berat badan dengan perisa terbaharu latte.
Lebih menarik, Thalia menawarkan dua buah motorsikal untuk pelanggan sepanjang kempen jualan Ramadan dan Syawal kali ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI