Bekas penyampai radio, Shuib berkongsi foto dia bersama anak-anak melakukan sesi panggilan video bersama isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah.

Sarah yang kini sedang hamil tujuh bulan terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun pada Rabu.

Menurut Shuib, meski paras oksigen Sarah masih belum stabil namun dia terus mendoakan agar isterinya kembali pulih seperti sedia kala.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Alhamdulillah. Semoga ibu makin sihat. Walaupon kadang2 oksigen masih blom stabil, tp ibu kena kuat semangat ok.

“Terima kasih pd yg mendoakan, semoga kita semua kuat dlm menembuh ujian Allah. Allah uji Allah Sayang,” tulisnya.

“MasyaAllah Semoga Diangkat Semua Kesakitan,” – Shuib & Anak-Anak ‘Video Call’ Siti Sarah Di Hospital, Netizen Tumpang Sedih “MasyaAllah Semoga Diangkat Semua Kesakitan,” – Shuib & Anak-Anak ‘Video Call’ Siti Sarah Di Hospital, Netizen Tumpang Sedih

Ads

Serentak dengan posting yang dimuat naik menerusi Instagram itu, rata-rata peminat dan rakan selebriti sekali lagi mendoakan yang baik-baik buat Shuib seisi keluarga.

Malah tak kurang yang turut tumpang simpati dan berdoa semoga Sarah dan bayi yang dikandung berada dalam keadaan baik.

“MasyaAllah semoga di angkat semua kesakitan Sarah sekeluarga,” komen peminat di ruangan komen.

“Ibu kuat! Semoga cepat sembuh dan baik ok! You can do this!,” peminat memberikan kata semangat.

Ads

“Allahu sedihnya tengok. Moga yang baik-baik buat kak Sarah sekeluarga. Kak Sarah kuat, cepat sembuh kak,” komen peminat lain.

“Be strong mommy, Sarah kuat,” antara reaksi yang tertera.

Sebelum ini media melaporkan penyanyi lagi Manes itu sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin pada Rabu, tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan memaksanya untuk mendapatkan rawatan.

Ads

Sarah sekeluarga terdahulu disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif virus tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sekadar info, pasangan selebriti ini berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

“MasyaAllah Semoga Diangkat Semua Kesakitan,” – Shuib & Anak-Anak ‘Video Call’ Siti Sarah Di Hospital, Netizen Tumpang Sedih “MasyaAllah Semoga Diangkat Semua Kesakitan,” – Shuib & Anak-Anak ‘Video Call’ Siti Sarah Di Hospital, Netizen Tumpang Sedih “MasyaAllah Semoga Diangkat Semua Kesakitan,” – Shuib & Anak-Anak ‘Video Call’ Siti Sarah Di Hospital, Netizen Tumpang Sedih

Foto: Instagram Shuib

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI