Menurut laporan Mirror, seorang lelaki bertopeng telah masuk ke dalam masjid London lalu dipercayai telah melepaskan tembakan ke arah Jemaah yang sedang menunaikan solat Terawih.
Insiden itu dilaporkan berlaku malam tadi, waktu tempatan di Masjid Seven Kings yang terletak di High Road, Illford.
Memetik laporan berkenaan, menurut sumber lelaki tersebut dikatakan berada dalam barisan jemaah, namun kehadirannya dilihat mencurigakan kerana mengenakan topeng.
Pihak masjid telah membawanya keluar untuk melakukan pemeriksaan, namun dia berjaya meloloskan diri dan melepaskan tembakan.
Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sama-sama kita berdoa agar keselamatan umat Islam di seluruh dunia dipelihara Allah SWT.
Foto : Mirror UK
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lelaki Yang Colour Rambut Ni Korang Sedar Tak Yang Korang Ni Hodoh?,”- Ini Reaksi Emoji Ikmal Amry…
Kacak dan cantik individu itu merupakan satu perkara subjektif dan pastinya, setiap orang mempunyai pandangan berbeza-beza.
Baru-baru ini, ada seorang individu yang menyatakan pendapat mengenai lelaki yang gemar mewarnakan rambut di laman media sosial Twitter.
“Lelaki yang colour rambut ni korang sedar tak yang korang ni hodoh?,” tulis individu tersebut.
Meski ia tidak menyebut nama sesiapa namun bintang drama bersiri Puteri Yang Ditukar, Ikmal Amry dilihat ada memberi respon terhadap pendapat individu berkenaan.
“🥺,” tulisnya.
Dalam pada itu, ada juga peminat yang tetap memuji Ikmal masih kelihatan kacak dan tampan meski merwarnakan rambut.
Foto: Twitter Ikmal Amry, Ariff Daniel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Seharian Tak Boleh Tidur…,” – Netizen Dakwa Layanan Frontliner Kasar Masa ‘Swab Test’ & Ruhainies Mengada-Ngada, Ini Jawab Tuan Badan
Pelakon Ruhainies tampil memberikan reaksi berhubung komen sesetengah netizen yang mendakwa layanan yang diberi kakitangan perubatan terhadapnya ketika menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai kasar.
Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, berkata, petugas kesihatan terbabit menjalankan ujian swab dengan cermat dan baik, mungkin ia kelihatan sedemikian kerana dirinya yang tak duduk diam kerana ketakutan.
“Tidaklah kasar seperti yang dibayangkan sesetengah netizen. Mungkin hanya sudut video ia kelihatan sedemikian. Bagi saya okay sahaja. Malah sebelum buat ‘swab’ pun, petugas kesihatan tersebut beri masa untuk saya bertenang.
“Ketika itu, hanya saya yang berada di klinik swasta terbabit untuk menjalankan ujian saringan. Tidaklah petugas tersebut melakukan sesi itu secara kasar kerana ramai yang menunggu giliran sebagaimana yang disangka sesetengah pihak.
“Mungkin yang beri komen itu melalui pengalaman berbeza dengan saya. Jadi masing-masing boleh memberikan pendapat,” katanya.
Terdahulu, Ruhainies memuat naik video melakukan ujian calitan Covid-19 menerusi Instagram pada Khamis hingga mengundang reaksi pelbagai di kalangan netizen.
Bintang drama Jejak Karmila ini turut menambah, setiap individu juga mempunyai tahap keberanian masing-masing.
“Orang yang rapat dengan saya tahu mengenai tahap ketakutan saya terhadap hal sedemikian. Seharian tidak boleh tidur bila esoknya ada temujanji ‘swab test’. Malah sepanjang 29 tahun ini, saya hanya sekali masuk wad. Itu pun kerana menjalani pembedahan appendiks.
“Sebolehnya saya elak untuk masuk hospital sebab takut punya fasal, sampai begitu sekali. Keluarga pun faham.
“Jadi bila juga yang cakap saya hanya mengada-ngada lebih, orang boleh cakap macam-macam. Masing-masing ada pendapat dan mungkin petugas yang lakukan ujian terhadap mereka buat dengan lembut atau mereka tidak penakut macam saya.
“Yang penting, petugas tersebut sudah jalankan ujian saringan dengan baik. Saya pun tidaklah rasa sakit atau ada kesan sampingan selepas itu.
“Alhamdulillah, hasil keputusan yang diterima juga negatif,” katanya yang menghormati akan komitmen para petugas barisan hadapan di di dalam menjalankan tugas.
Dalam perkembangan lain, Ruhainies bakal memasuki set drama rantaian 40 episod, Cukup Derita Itu di samping Jasmin Hamid, Didie Alias, Chacha Maembong dan ramai lagi.
Sehingga kini, video yang dimuat naik itu telah pun menerima hampir 200,000 kali tontonan.
Foto: Instagram Ruhainies
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Amalan Membaca “Bismillahillazi La Yadurri Ma’asmihi”, – Imam Dari Mekah Doakan Malaysia, Beri 4 Amalan Untuk Hadapi Wabak Dengan Rahmat Allah SWT
Pelakon Kilafairy berkongsi titipan doa daripada seorang imam dari Mekah khas buat rakyat Malaysia.
Imam dari Masjid Abbad Makkah, Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani yang fasih berbahasa Melayu itu turut menyenaraikan empat amalan yang boleh diamalkan umat Islam dalam menghadapi wabak ini.
Antaranya termasuk solat lima waktu, amalan membaca ‘Bismillahillazi La Yadhurru Ma’asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami’ul ‘Alim’ tiga kali pada waktu pagi, tiga kali pada waktu malam serta membaca ayat Kursi.
“Imam dari Makkah doa kan Malaysia. Tolong Aminkan sama sama and share. Thank you. Ni Kila upload balik full video,” kongsi anak kepada Rohana Jalil Ini ringkas.
View this post on InstagramTolong Aminkan sama sama and share. Thank you. Ni Kila upload balik full video.
A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
Foto : Instagram Kilafary
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI