Mata Anak Dijangkiti Virus & Perlu Bantuan Nasihat Pakar, Aman Graseka; “Saya Amat Hargai Jika Ada…”

Share

Hasrat pelakon Aman Graseka untuk melakukan acara ‘jejak tanah’ terhadap anak lelakinya, Aishyraf Mikail Shah, setahun dua bulan terpaksa ditangguh susulan keadaan anaknya yang kurang sihat.

Aman Graseka, 54, turut memaklumkan, permata hatinya itu juga telah dimasukkan ke hospital akibat demam yang menyebabkan sawan.

“Sekarang matanya pula ada jangkitan virus. Kami terpaksa tangguhkan acara ‘jejak tanah’ ini dan mungkin dibuat pada awal Disember nanti. Anak saya perlu berpantang tidak boleh kena pasir selagi majlis ini tidak diadakan.

“Dalam acara itu, dia akan diletakkan di atas pasir dan berjalan atas bunga. Keadaan matanya sekarang masuk hari keenam, air pecah dan nampak darah,” katanya, lapor Harian Metro.

Dia turut menambah, Aishyraf Mikail perlu dibawa berjumpa pakar kanak-kanak untuk dikenal pasti keadaan sebenar virus di matanya.

“Saya perlukan bantuan nasihat pakar mata untuk anak saya. Malah, saya amat menghargainya jika ada. Sewaktu demam Aishyraf Mikail dimasukkan ke sebuah hospital dan menerima rawatan selama tujuh hari sebelum dibenarkan keluar.

“Saya cuma tak bawa jumpa pakar mata lagi. Lepas kami sambut ulang tahun kelahirannya, dia masuk hospital sebab demam. Selepas itu kena sakit mata pula dan kerap gosok mata.

“Saya sekarang baru lagi bekerja hantar parcel. Mana tahu kalau-kalau jangkitan kuman bermula dari situ pun boleh jadi juga,” katanya lagi.

Mengulas soal kariernya, Aman yang kini mentap di Kuala Ketil, Kedah turut elak untuk bersentuhan dengan muhrim dalam lakonan.

“Begitu juga dalam bab bekerja dengan jurusolek artis perempuan dan kru perempuan. Itu yang agak susah orang nak panggil berlakon.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi saya dah tetapkan syarat ini. Saya tahu kesannya tapi saya percaya rezeki datang dari Allah.

“Tawaran itu ada, tapi syarat saya buat produksi berat nak terima walaupun untuk beri watak bapa

“Apapun jangan kita mengeluh dan salahkan sesiapa. Rezeki Tuhan dah tetapkan. Kita usaha sahaja,” katanya.

Kali terakhir dia berlakon adalah pada Julai lalu menerusi filem Hantu Kum Kum untuk Astro First.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH