Selepas didapati positif Covid-19 sejak dua minggu lalu, pelakon, Harris Annuar sering berkongsi mengenai perkembangan terkininya di platform media sosial.
Terbaru, Harris meluahkan rasa terharu selepas kakaknya yang juga merupakan pengacara, Nadia Annuar ada menghantar makanan buat dirinya yang ketika ini sedang menjalani tempoh kuarantin.
Jelas Harris, dia amat berterima kasih kepada kakaknya itu kerana sanggup bersusah payah untuk menyediakan makanan kegemarannya.
“Okay mata masuk habuk jap, biar pun tak boleh jumpa tak boleh peluk lagi, thank you Kak Ya sebab tolong masakkan Khao Mok! I miss you so much @nadiaannuar !,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017 ini turut mengakui berasa amat rindu dengan adik-beradiknya yang lain kerana tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat buat dirinya selama ini.
“And of course thank you jugak kat all my siblings yang tak henti henti bagikan kata kata semangat kat aboy during my tough time ni love you all tam tam @aymarnannuar, lalanya, abang,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut terharu dengan perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga Harris dapat pulih dengan segera.
Terdahulu, anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Zaiton Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton ini telah didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pada tanggal 3 Januari lalu.