Semalam, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu telah mencipta rekod baru di dalam kariernya selepas dia bersiaran selama 18 jam tanpa henti di stesen radio Sinar FM.
Tugasan yang diberi nama ‘Jep Tawan Sinar’ itu merupakan denda yang harus dilunaskan oleh Jep selepas dia tewas didalam satu permainan tidak lama dahulu.
Tugasan Jep bermula seperti biasa seawal jam 6 pagi bersama trio popular Angah dan Rahim menerusi segmen Pagi Di Sinar.
Menerusi segmen tersebut, penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira dijemput sebagai artis jemputan.
Usai sudah Pagi Di Sinar, Jep meneruskan lagi tugasnya itu dengan menemani rakan penyampai Dina Nazir menerusi segmen Sinar Solo daripada pukul 10 pagi hingga 3 petang.
Di sebelah petang pula, kehadiran Jep memeriahkan lagi celoteh penyampai Hefny Sahad dan Siti Elizad melalui segmen Duo Sinar bermula jam 3 petang hingga 7 malam.
Acara kemuncak bagi tugasan Jep Tawan Sinar apabila Jep turut bergandingan bersama rakan penyampai Falyq Hikyle menerusi segmen R&R Sinar dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam.
Ads
Menerusi segmen itu juga, Jep diberi kebebasan untuk memutarkan lagu pilihannya selama empat jam.
Selepas berakhirnya tugasannya itu, Jep merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pendengar yang menunjukan tanda sokongan buat dirinya selama 18 jam ini.
Semalam, penyanyi Khai Bahar telah menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke 25 tahun bersama kelab peminat ‘Khai Bahar Empire’ di Dewan Shazac Bestari, Gombak.
Majlis yang disambut meriah itu turut dihadiri keluarga, peminat dan rakan-rakan media.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Bayang’ itu telah mengukir senyuman kerana berasa terlalu gembira atas sokongan peminat yang sentiasa menyokong kariernya sehingga ke hari ini.
“Kepada semua penyokong Khai, terima kasih kepada tidak henti menyokong,”
“Khai harap anda semua sentiasa bersama saya..”katanya kepada MH.
Ditanya Khai atau nama sebenar Muhammad Khairul Bin Baharuddin mengenai soal jodoh dan pasangan hati pula, Khai mempunyai jawapannya sendiri.
“Masih lagi single lah..”
“Walaupun clishe tapi sejujur memang single.”
“dan InsyaAllah ada jodoh ada lah..”
Disamping itu, Pemenang Anugerah Penyanyi Lelaki Popular 31 memberitahu, dia masih belum memikir soal jodoh walaupun sudah mencecah 25 tahun.
Malah, Khai juga turut berkata bahawa dia akan merancang untuk berkahwin apabila sudah mencecah usia 30 tahun.
“Bila nak? Atas 30 macam tu boleh lah..”
“Bagi pakcik pakcik sikit”
“Bagi orang kata matang sikit nak berumahtangga sekarang macam muda lagi takut..”jawab Khai.
MH mendoakan semoga Khai Bahar panjang umur,dimurahkan rezeki dan terus sukses dalam nyanyian.
Untuk rekod, Khai Bahar telah dilahirkan pada tanggal 28 Februari 1994 di Perlis.
Foto : Instagram Khai Bahar FC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kes pembuangan bayi di negara ini dilaporkan berada di tahap yang agak membimbangkan.
Memetik laporan Astro Awani, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan sejumlah 256 kes pembuangan bayi direkodkan sepanjang 2020 hingga 2022 berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Terbaru, menerusi satu ciapan yang dikongsikan di platform Twitter, pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki memberi tahu, dia bersedia untuk membantu para ibu yang mempunyai kekangan untuk membesarkan bayi mereka.
Menurut pelakon filem Papadom ini lagi, setiap bayi berhak untuk meneruskan kehidupan dan bukannya dibunuh.
Ada ke orang yang nak saya jaga baby diorang pasal tak mampu atau malu? Jangan buang atau bunuh baby tu. Biar saya jaga! Kalau ada message saya. Saya nak jaga.
Jelas Afdlin lagi, mana-mana pihak yang memerlukan bantuannya boleh menghubunginya atau menghantarkan mesej di seluruh platfrom media sosial kepunyaannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan inisiatif yang mahu dilakukan Afdlin selain turut berharap agar segala usaha tersebut dipermudahkan.
“Usaha yang sangat baik Afdlin. Semoga dimurahkan rezeki dan sihat selalu. You have a heart like an angel.
“Semoga murah rezeki bang.
“Tahniah Abang. Semoga Allah merahmati segala usaha murni ini.
“Sesiapa yang tidak mahukan anak sama ada tak mampu atau ada masalah peribadi yang lain, boleh ke pusat kebajikan atau mesej sahaja Afdlin. Bunuh nyawa yang tidak bersalah tidak akan menyelesaikan masalah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Dalam perkembangan lain, Afdlin kini sedang sibuk mempromosikan program televisyen, Mega Spontan yang bakal memasuki pusingan akhir pada Jumaat ini.
Mega Spontan ditayangkan bermula jam 9 malam disaluran Astro Warna dan Astro Go.
Malah, Afdlin juga kini sedang menjawat jawatan sebagai pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Media Sdn Bhd.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Twitter Afdlin Shauki
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak beberapa hari lalu, nama aktres, Zahirah Macwilson menjadi tumpuan susulan tindakan pelakon, Fathia Latif yang melabelkan wajah Zahirah seperti bibik atau pembantu rumah.
Bukan setakat itu, Fathia turut mendakwa isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza itu telah menjalani pembedahan bibir di Australia untuk kelihatan jelita.
Disebabkan isu ini, netizen tampil mempertahankan Zahirah selain turut menasihatinya supaya menganaikan komen-komen negatif tersebut.
Terbaharu, menerusi hantaran di ruangan Instagram Stories, Ibu kepada Zahirah, Maslinda Yusoff akui terharu melihat sokongan yang diberikan oleh orang ramai terhadap anaknya itu.
“Assalamualaikum. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kata-kata semangat dan sokongan,” tulisnya.
Malah, Maslinda turut menyeru kepada semua pihak untuk terus menyebarkan kebaikkan sesama manusia.
Katanya lagi, setiap ciptaan Allah mempunyai kecantikkan dan keindahannya yang tersendiri.
“Terus sebarkan rasa kasih sayang dan bukannya kebencian. Semua orang cantik di sisi Allah,” kongsinya lagi.
Sehingga kini, Zahirah masih belum memberikan sebarang reaksi berhubung kontroversi melibatkan namanya itu.
Terdahulu, Zahirah kini dilaporkan sedang hamil anak kedua.
Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Februari 2020 dan telah terlebih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama, Isaac Raees.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!