Usahawan yang juga teman rapat kepada Nur Sajat, Coach Yin dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan bakteria pada mata sebelah kirinya beberapa hari lalu.
Difahamkan, jangkitan tersebut dipercayai berpunca daripada pemakaian kanta lekap sewaktu tidur menjadi antara punca menyebabkan mata kirinya ditumbuhi ulser berpunca dari bakteria pada kanta lekap.
“Hari ke 2 Di dalam wad, yang mana jenis pakai lens tu.jgn pakai lens Sampai buat tertido, bahaya. Boleh jadi mcm sy.
“Mata sebelah kiri ad ketumbuhan ulser disebabkn bacteria Dari lens.boleh menyebab mata jadi buta,” maklum Yin.
Ads
Pada masa sama, Yin turut meminta agar orang ramai memberikan nasihat buat mereka yang sering mengenakan kanta lekap supaya tidak ambil remeh akan penjagaan mata.
“Nasihat lah kepada kwn dan keluarga anda yang mana pakai lens…jgn jadi mcm sy.mata sebelah dah xboleh nmpak.
Ketika bertanding di dalam Dewi Remaja 2019, Adriana Ghafar masih lagi seorang pelajar dalam jurusan undang-undang Universiti Malaya.
Usai pertandingan yang mana dirinya bergelar naib juara, gadis tinggi lampai ini meneruskan pengajianselain menceburkan diri dalam dunia lakonan serta bergelar pembaca berita. Kini dia sedang membina kerjaya guamannya sebagai pelatih dalam kamar.
Tidak melupakan kecintaannya kepada dunia seni, kemunculan Adriana dalam dunia sastera merupakan manifestasi visinya untuk mendemokrasikan dan menjadikan puisi sebagai karya yang bersifat lebih inklusif.
“Sebelum ini, puisi lazimnya dianggap sebagai karya yang sukar difahami, bersifat tradisional dan khusus untuk golongan elit intelektual. Persepsi ini menjauhkan golongan pemuisi muda yang baru muncul dan ingin berkongsi karya mereka secara terbuka.
“Diinspirasikan oleh pemuisi-pemuisi kontemporari, saya berhasrat untuk mempopularkan puisi dan membebaskan ia daripada ruang bilik darjah dan golongan elit,” kongsi Adriana.
Buku puisi yang diberi nama Everything In Between ini mengandungi mesej khusus untuk golongan wanita dan anak muda yang mencari ketenangan jiwa, inspirasi, dan kekuatan dalam mendepani cabaran hidup.
“Everything In Between adalah projek yang dekat di hati saya dan ia cerminan intim kepada perjalanan hidup saya yang disampaikan menerusi puisi-puisi yang dihasilkan dalam tempoh 12 tahun. Saya berhasrat untuk memotivasikan dan memperkasa orang lain agar terus kental dalam mengharungi cabaran hidup.
“Di samping itu, saya berharap agar buku ini menyalakan semangat dalam kalangan generasi lebih muda dan golongan yang terpinggir untuk menjadikan puisi sebagai platform penzahiran diri, menjuarai isu-isu yang dekat di hati mereka dan menginspirasi perubahan yang bermakna,” kata Adriana lagi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 29, telah dilantik menjadi Duta Wakaf Program Wakaf Masjid Al-Makmuriah, Kubang Kerian, Kelantan, baru-baru ini.
Menurut PU Riz yang juga suami kepada selebriti terkenal Neelofa, pelantikan berkenaan khusus bagi membantu program itu untuk mengumpul dana bagi tujuan membiayai pembelian tanah, pembangunan infrasruktur dan membaik pulih rumah asnaf.
“Pertamanya, saya terima pelawaan ini kerana ia adalah masjid persendirian yang tidak dinaungi mana-mana pihak kecuali orang masjid sendiri serta bantuan pun diterima oleh orang ramai.
“Komitmen saya lebih pada membantu pihak masjid mencari dana dan sedekah bagi beberapa tujuan seperti pembelian tanah, pembangunan infrasruktur dan membaik pulih rumah asnaf.
“Selain itu, pihak masjid akan menjalankan beberapa program sepanjang enam bulan ke depan ini. Jadi, saya mengharapkan orang ramai terutama pengikut saya di media sosial untuk bersama-sama menyumbang seikhlasnya,” katanya.
Tambah PU Riz, majlis menandatangani pelantikan terbabit dibuat di masjid itu pada 6 Julai lalu.
Turut diadakan sejurus kerjasama berkenaan adalah Kuliah Maghrib Perdana ‘Generasi Z Cinta Masjid’ yang dihadiri lebih 300 penduduk setempat.
“Alhamdulillah, sasaran program ini memang dalam kalangan golongan muda. Malah, itu juga antara sebab kenapa saya dipilih menjadi duta wakaf ini oleh pihak masjid.
“Semoga kerjasama kami dapat menggerakkan lagi golongan muda untuk terbabit sama dalam program yang bakal diadakan selepas ini.
“Paling penting juga, semoga segala apa yang dirancang pihak masjid dari segi pembangunan dan membantu golongan asnaf dapat dilaksanakan dan dipermudahkan Allah SWT,” katanya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin telah pun bersetuju menjalinkan kerjasama dengan pengasas LB Creuset bagi melancarkan produk masakan utara, Nasi Daging Telentang yang kini kian mendapat tempat.
Menurut Syatilla, projek ini bukanlah satu usahasama yang biasa kerana dia juga mempunyai misi yang tersendiri untuk dilaksanakan.
“Apabila pihak LB Creuset mengajak saya untuk berkerjasama, saya terus terfikir untuk tidak menggunakan hasil keuntungan ini untuk diri saya semata-mata.
“Saya dah ada sumber pendapatan yang lain terutamanya dari bisnes saya untuk menampung hidup.
“Bila peluang seperti ini hadir, saya ingin memanfaatkannya untuk orang lain. Saya hanya sebagai platform.
“Saya mahu orang yang gunakan platform saya untuk raih pahala. Saya dapat pahala anda pun dapat pahala,” katanya kepada MH.
Isteri kepada aktor, Shaheizy Sam itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran LB Creuset X Syatillah Melvin Nasi Daging Telentang di Eastin Hotel, Petaling Jaya pada Rabu.
Katanya lagi, segala hasil keuntungan daripada projek usahasama ini akan didermakan untuk menampung dana membina sebuah masjid di Sungai Siput, Perak.
“Soal masjid ini pula, saya rasa memang rasa bertuah kerana salah seorang ahli keluarga saya dia memang menuntut di sekolah pondok di sana. Keadaan di sana amat sederhana.
“Suraunya pula sangat kecil dan tak mampu untuk menampung anak-anak tahfiz serta penduduk kampung di sana. Bila masyarakat sana ada niat nak bangunkan masjid, projek terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan bajet.
“Mereka juga dah buntu walaupun dah iklankan dibeberapa tempat, masih tiada orang yang tolong. Bila saya dapat tahu, saya rasakan saya boleh tolong. Orang kenal saya, kenapa pula saya tak nak gunakan kesempatan ini untuk tolong orang.
“Dengan niat ini, saya tidak akan ambil satu sen pun. Sebenarnya itu bukan duit saya tapi duit mereka yang membeli produk ini.
“Walaupun sepatutnya jadi hak saya, saya nak serahkan semuanya di sana supaya sebelum tahun 2021 masjid ini dapat disiapkan,” jelasnya lagi.
Pada majlis tersebut, pihak LB Creuset turut melancarkan ‘pakaging’ terbaru edisi Ramadan. Nasi Daging telentang ini disediakan sendiri menerusi air tangan pengasasnya, YM Syed Haniff dan Leon Puung.
Nasi Daging Telentang boleh dipesan menerusi agen-agen berhampiran meliputi kawasan di seluruh semenanjung Malaysia.
Bersempena bulan Ramadan, pihak LB Creuset turut menawarkan promosi untuk Combo Pack Family Telentang dengan harga RM88 (4pax) manakala Individu Telentang Pula berharga RM22 (1pax).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Tony Eusoff berkongsi pengalaman dirinya pernah ditegur seorang individu yang menyangka dia tidak berpuasa hanya kerana dilihat makan di siang hari.