“Mateen Demam Panas Sampai Macam Kena Sawan,” – Badan Keras Kaku, Yana Samsudin Kongsi 8 Tips Hadapi Si Kecil Demam Panas

Share

Yana Samsudin ada berkongsi beberapa keping foto bersama pengalaman yang mencemaskan buat ibu beranak satu ini.

Kongsinya menerusi Instagram, anaknya, Aisy Mateen mengalami demam panas ketika mereka tiada sisi anak lelakinya itu kerana tuntutan kerja.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 3.00 pagi Rabu.

“Sebenarnya kami ulang alik dari Hospital Batu Pahat ke Johor Bahru. Kelmarin Rabu pagi Jam 3.30 pagi, tengah kami masih lagi gigih nak habis kan meeting kat Johor Bahru dapat satu panggilan dari rumah Yong Peng.

“Memang rare kalau dapat panggilan pagi pagi sipie ni. Mesti ada kecemasan. Rupanya betul, mateen demam panas sangat sampai macam kena sawan. Mak kata badan dia keras kaku. Kami masa tu terus minta diaorg cari klinik 24 jam sementara kitorang nak gerak dari JB.

“Tapi kan Yong Peng kan pekan kecik takda klinik 24 jam. Nasib baik Klinik Kesihatan Yong Peng dekat juga. Kami sampai sana pukul 5pagi, masa sampai tu mateen dah diberi ubat punggung.

“Doctor pun nasihatkan kami untuk terus bawa Mateen ke Hospital Pantai Batu Pahat . Sampai je Hospital, Mateen Warded,” tulisnya.

Lalu Yana sempat memberikan beberapa tips penting sekiranya peristiwa sama menimpa anak kecil.

“So kat sini Yana nasihatkan pada semua, tak kira lah dah ada anak atau dah bercucu ataupun tak kahwin lagi. Yang travel jauh atau nak tinggalkan anak pada penjaga, bawa ubat dan tolong lah bagi ubat ikut masa/dos yang ditetapkan. – 4jam sekali!

“Jika panas tak juga kebah, jangan selimutkan dan beri ruang udara panas untuk keluar.
Kalau ada anak-anak yang pernah kena sawan pertama kali , peluang untuk kena kali ke2 adalah tinggi! ni dah kena stanby ubat macam ni.

“Check suhu pakai thermometer kalau 38′ darjah je , kerap basahkan kepala dan bahagian pelipat seperti celah ketiak atau kelengkang dengan tuala basah. Ngiringkan kiri lepas tu masuk kan ubat ni “Fabrile fit Suppository Voren “. Tuam dengan kain lembab.

“Jaga suhu biar turun. Kalau terkena juga Sawan terus ke hospital, jangan tangguh lagi. Bahaya! Karang tak bernafas biru dak tu Allahuakbar sedihnya kalau berlaku! Tu lah, apa yang berlaku kat kami kelmarin kami sangat sangat panik.

“Walaupun anak sedara kami pernah mengalami pengalaman anak nya kena Fit banyak kali. Kami tak rasai saat kecemasaan tu kami cuma dengar je apa yang perlu di lakukan.

“Dan bayangkan masa kejadian kelmarin tu kami takda di sisi Mateen! Semalam malam juga kami terpaksa ke JB semula untuk lengkap kan meeting.

“Sedih sebab terpaksa tinggal kan mateen kami yang sebelum ni ceria,” kongsi Yana panjang lebar.

 

 

 

Published by
Rafiq Mazlan