Pelakon Jasmin Hamid mengakui kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang didakwa masih berdegil dengan menuju ke kampung halaman bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha minggu depan.
Jelas Jasmin, sikap pentingkan diri seperti ini hanya akan membuatkan situasi lebih teruk, lebih-lebih lagi ketika negara sedang berdepan dengan pandemik Covid-19 yang meruncing ketika ini.
“Ini memang betul-betul RAYA KORBAN (KORBAN COVID). Nak korbankan family ke uols? Kes MERENTAS pun dah ikut peratus KES COVID yang makin meningkat.
“Allahuakhbar. Kenapa DEGIL sangat? Jangan salahkan TAKDIR bila kita sendiri yang DEGIL. Nanti bila dah berjangkit COVID kat family, baru nak MINTA MAAF pada orang keliling.
“Kes tengah tinggi tapi masih nak bergerak sana sini. Lepas tu nak salahkan orang lain bila POSITIVE. Kita yang berjaga-jaga pun boleh berjangkit. Inikan pulak yang DEGIL,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan pelakon drama, Cukup Derita Itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Jasmin turut menyeru kepada semua pihak untuk belajar daripada kesilapan lampau agar ia tidak berulang lagi selepas ini.
Ads
“Alasan MERETAS sebab ada SURAT POLIS. Habis kalau dah SEMBANG KARI, memanglah POLIS bagi surat. Tapi kenapa tak guna AKAL yang Allah bagi untuk berfikir?
“Inilah jadinya bila NAFSU mengatasi segalanya. MATI KE KALAU TAK BALIK RAYA? Allah dah tunjukkan macam-macam kejadian kat kita. Masih tak belajar lagi ke?
“Bila cakap katanya PAK MENTERI dan KAYANGAN boleh langgar SOP, kenapa kita tak boleh? Habis tu? Kalau orang terjun lombong, kitapun ikut terjun lombong juga ke? Ingat ini filem TITANIC ke?,” luahnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa yang sama selain turut berharap agar tindakan seperti ini dapat dihentikan serta merta.
“Kes ini takkan hilang selagi ada manusia selfish macam ni.
Ads
“Sebab kebodohan ego dan pentingkan diri sendiri la puncanya.
“Nanti kes naik salahkan kerajaan. Harini sahaja kes 12k. Hmm yang stress kita yang dok ikut SOP.
“Allahuakbar, janganlah pentingkan diri sendiri. Kes dah tinggi,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Berita Harian melaporkan kemasukan kenderaan dari arah utara ke negeri ini menerusi Jalan Gerik-Jeli meningkat lima peratus sejak semalam.
Ads
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah, berkata pertambahan jumlah kenderaan dikesan dari Perak, Kedah dan Perlis.
Bagaimanapun, katanya, tidak berlaku pertambahan jumlah kenderaan di pintu masuk di sekatan jalan raya Gua Musang dan Pasir Puteh.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Proses mediasi antara pelakon Puteri Sarah Liyana dengan bekas pekerjanya Nazatul Nazira berhubung saman fitnah dan pecah aminah dilanjutkan ke 25 September setelah gagal mencapai kata sepakat.
Peguam yang mewakili Puteri Sarah, Azmi Mohd Rais berkata, pegawai mediasi mencadangkan proses diteruskan ke sesi kedua sebelum kes itu dibawa ke mahkamah.
“Pegawai mediasi mencadangkan beberapa solusi untuk kes pecah amanah diselesaikan tetapi gagal.
“Apa solusi yang dicadangkan semasa proses mediasi tidak boleh didedahkan kerana kita ada sesi kedua.
“Kami bagaimanapun akur dengan arahan pegawai mediasi dan kita akan berjumpa semula seperti tarikh ditetapkan,” katanya yang ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, petang tadi.
Sementara itu, Puteri Sarah pula memaklumkan, dia sudah cuba berbincang serta mencari penyelesaian terbaik sewaktu proses mediasi.
Pegawai berkenaan juga sudah mendengar penjelasan kedua-dua pihak serta memberikan solusi yang terbaik tetapi proses itu gagal.
“Saya rasa kita boleh pertimbangkan solusi dikemukakan dan selesaikan masalah ini dengan tenang, kenapa perlu tertekan?
“Memang saya nak menuntut hak saya tetapi kalau boleh dengan cara yang paling tenang dan terbaik untuk kedua-dua pihak,” katanya
Diminta mengulas kenyataan Nazirah dirinya difitnah dan nekad membawa kes itu ke muka pengadilan berikutan nama baiknya terjejas.
Sarah bagaimanapun tertanya apa fitnah yang dilemparkan terhadap wanita itu.
“Saya fitnah dia? Entahlah kehidupan saya pun terjejas sedangkan itu adalah syarikat milik saya.
“Dia tiada kena mengena kerana rakan kongsi syarikat saya hanyalah Andi Arsyil dari Jakarta,” katanya.
Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan saman serta tuntutan RM1 juta sebagai ganti rugi terhadap Nazatul Nazira yang didakwa menuduhnya dalam urusan perniagaan sebelum ini.
Menerusi tuntutan kenyataan fitnah dikongsinya di Instagram, terdapat lima bukti kenyataan dibuat sebelum ini antaranya Puteri Sarah dituduh mengambil dadah.
Selain itu, individu terbabit menggelarnya seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama Andy, menganggap sebagai rakan kongsi dan seorang ketua yang suka menganiaya pekerja-pekerja.
Puteri Sarah turut menuntut individu itu menarik semula kenyataan fitnah yang dilemparkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon meningkat naik, Nadhir Nasar manafikan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya terlalu selektif dalam soal pemilihan naskah lebih-lebih lagi apabila dia sering kali kelihatan banyak membintangi drama-drama terbitan Astro.
Menurut Nadhir, dia sebenarnya tidak mempunyai niat untuk terlalu memilih cuma kebetulan sahaja rezekinya pada ketika ini banyak bersama Astro.
Katanya lagi, genre-genre drama yang ingin diketengahkan oleh pihak Astro juga boleh disifatkan amat berbeza jika ingin dibandingkan dengan kebanyakan naskah yang lain.
“Saya ada terdengar juga suara-suara orang berkata yang saya ni masih baru lagi tetapi nampak macam terlalu memilih naskah. Sejujurnya saya tidak memilih pun.
“Cuma mungkin rezeki saya ketika ini banyak di Astro. Saya juga selesa berkerja dengan mereka. Apa yang bagusnya drama di Astro Original ni kebanyakannya premium. Jalan ceritanya juga bukan cliche atau biasa.
“Salah satu misi saya untuk memasuki industri seni ini adalah untuk membawa perubahan pada masa hadapan dan bukan untuk diri saya sahaja. Saya juga ingin mengubah cara penyampaian lakonan,” katanya kepada MH.
Juara program Hero Remaja 2020 itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media drama siri, I-Tanggang yang berlangsung pada Selasa.
Dalam pada itu, Nadhir turut memaklumkan dia mempunyai sebab yang tersendiri mengapa dia terpaksa menolak seandainya diberikan kepercayaan untuk membawak sebagai hero.
Tambahnya lagi, dia kini memerlukan sedikit waktu bagi mempersiapkan diri sebelum memegang peranan sebagai watak utama.
“Sebenarnya saya ada menerima beberapa tawaran untuk menjadi hero tetapi buat masa ini saya memilih untuk menolak. Saya rasa ilmu saya belum cukup untuk memegang peranan selaku watak utama. Saya mahu dahulukan orang yang lebih layak.
“Kalau boleh saya ingin mempersiapkan dahulu kualiti lakonan saya sebelum saya memegang watak-watak yang lebih besar. Buat masa ini saya selesa membawa peranan sebagai ‘second lead’.
“Saya juga mengambil berat mengenai soal skrip. Saya kena tahu dulu sama ada watak tersebut mampu atau tidak untuk saya bawakan. Saya ni bukan jenis yang terima apa sahaja tawaran kerana duit tetapi sebab saya ingin buat yang terbaik.
“Saya ingin kekal dalam industri ini dalam jangka masa yang lama. Kata orang kalau kita ‘naik’ terlampau cepat, kita ‘turun’ pun akan cepat nanti. Segalanya tetap bergantung pada rezeki dan kerja keras kita juga,” ujarnya lagi.
Terdahulu drama I-Tanggang bakal menemui penonton mulai 13 September 2021, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di Astro Citra, saluran 108.
Selain Nadhir, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat yang lain antaranya Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Sofea Jane dan ramai lagi.
Sumber foto: Instagram Nadhir Nasar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Naim Daniel sebentar tadi memaklumkan dirinya telah mengalami kemalangan ketika sedang berada dalam perjalanan untuk menyelesaikan urusan kerja.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Purnama itu menerusi Instagram.
Kelihatan kereta yang dipandunya remuk di bahagian hadapan. Naim bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius, sebaliknya memberitahu bahagian rahangnya kemungkinan terkehel.
“Nak bertolak pergi kerja pagi tadi, alhamdulillah Allah bagi rezeki,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Tenang menghadapi ujianNya, Naim juga menzahirkan rasa syukur kerana beranggapan apa yang terjadi adalah rezeki untuknya pada hari ini,
Dia pada masa sama turut berkongsi keadaan kereta yang dipandunya secara terperindi di Insta Stories.
Serentak dengan makluman tersebut, rakan selebriti termasuk peminat meminta Naim agar kuatkan semangat dan jaga diri di samping meluahkan rasa lega kerana tiada sebarang kecederaan serius berlaku terhadapnya.
Foto: Instagram Naim Daniel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!