“Matyip Nak Dapat Adik Girl,” – Kongsi Foto Imbasan Ultra, Syatilla Melvin Umum Jantina Anak Kedua

Share

Pelakon Syatilla Melvin berkongsi berita gembira apabia dia baru sahaja menjalani imbasan ultra bagi anak keduanya itu. 

Isteri kepada pelakon, Shahiezy Sam itu meluahkan rasa syukurnya di akaun Instagram. 

“Tudiaaa dia boq keluaqq lidah pulak bila ibu bapak dia mai tngok dia.. dulu masa scan matyip pun asyik senyumm jaa.. adik pun sama.. 

“Alhamdulillah matyip nk dpt ADIK GIRL.. syukur atas rezeki ini ya allah. Adik dia sebijik muka sheriv dulu masa scan,”tulis pelakon Selafaz Cinta itu di ruangan kapsyen. 

Difahamkan, usia kandungan bayi keduanya itu sudah mencecah 25 minggu.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya itu mendoakan agar kandungan bekas Dewi Remaja 2009/10  itu berada dalam keadaan baik. 

Untuk rekod, Tilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan  dikurniakan seorang cahaya mata, Syeriv Shamheizy.

Published by
Amynur Akmal