Perkongsian terkini daripada pelakon dan usahawan, Mawar Rashid di Instagram nyata menjadi kejutan.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid dilihat memuat naik hantaran dua keping swafoto yang memaparkan dirinya tidak mengenakan hijab.
Menerusi kapsyen yang dikongsikan secara ringkas, Mawar merasakan dirinya telah gagal meskipun telah mencuba yang terbaik.
“Saya cuba tapi saya gagal. Saya mohon maaf,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories pula, dia memaklumkan dirinya akan berehat seketika dan akan kembali berhadapan realiti bila dirinya sudah bersedia.
“Selamat tinggal dunia. Saya akan kembali bila mental saya sudah bersedia. Saya sentiasa sayang anda,” kongsinya lagi.
Sementara itu, menerusi carian di platform X, rata-rata netizen terkejut dengan perkhabaran tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Mawar.
“I adore Mawar Rashid so much pakai tudung sebab dia cantik. Ni da bukak tudung.
“Mawar Rashid dh free hair balik dah la minat dia dri dia single kawin ada anak.
“Laaa terkejut Mawar rashid dah freehair balik,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Mawar memutuskan untuk memakai hijab pada 17 Ogos 2020 bersempena Maal Hijrah.
Sekadar informasi, Mawar mula menempa nama di dalam industri seni selepas menyertai program realiti, Dewi Remaja 2014/15 sezaman dengan Raysha Rizrose, Syamim Farid dan Mimi Lana.
Selepas itu, Mawar telah membintangi pelbagai siri drama tempatan seperti TQ Captain, Isteriku Mem Besar dan Tundukkan Playboy itu.
Mawar mendirikan rumah tangga dengan adik kepada selebriti, Fazley Yaakob, Raf Yaakob pada November 2017.
Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafeal, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Roseanna Camilya.
Mawar Rashid juga memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinan Raf terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini