Mawar Rashid Tak Sabar Anak Membesar, Harap Petah Cakap Dialek ‘Kelate’, Siam & Indonesia

Share

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid memberitahu dia sebagai ibu tidak sabar untuk melihat anak keduanya membesar dengan baik.

Malah dia turut berharap agar si comelnya itu mahir bertutur dalam dialek negeri Kelantan.

Selain itu, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri Wan Abdul Rashid juga berharap agar anak perempuannya itu turut mahir bertutur dalam Siam dan Indonesia.

Umum mengetahui Mawar mempunyai darah keturunan Kelantan dan Siam, sementata suaminya, Raf Yaakob pula mempunyai darah keturunan Seberang.

“Hi my BFF. Tak sabar nok tunggu awok besar, panda kecek kelate, panda kecek siam + indo (sbb daddy nya ada darah Indonesia gituw).

“Sama tak muka kitorang? Cinta OOTD @babyshop_malaysia #ladybossMawarose

#BerkayaBersamaMawaroseTudung aaa tlg tag diri awak pls hehe,” tulisnya.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael, 2 tahun dan Raden Seri Rossabella Cinta, 6 bulan.

Foto: Instagram Mawar Rashid

Published by
Nazar Rafiqhi