Pelakon, Zahiril Adzim muat naik entri istimewa sempena hari ulang tahun kelahiran isterinya, Shera Ayob, di Instagramnya, semalam.
“Happy birthday dearest wife, may ALLAH ease everything for you and for us dunia akhirat. Allahumma amin,” tulisnya.
Susulan itu, kelihatan ramai yang turut sama mengucapkan selamat hari lahir buat Sheira atau nama sebenarnya Nur Syahirah Ayob.
Dalam pada itu, shera juga sempat mengucapkan terima kasih di ruangan komen.
“Thank you so much everyone for all the lovely wishes, minta maaf tak dapat reply semua.
“Saya doakan semoga anda semua sentiasa dilimpahi rahmatNya, sayang korang semua,” tulisnya.
Pasangan tersebut sah menjadi suami isteri pada Disember 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki pada Jun 2013 yang diberi nama Nadi Anaqi.
Foto/ Instagram: Zahiril Adzim