Ratu Cantik Myanmar, Silimee, disahkan antara mangsa yang terkorban selepas terperangkap dalam runtuhan kondominium mewah, Sky Villa yang tumbang dalam gempa bumi kuat minggu lalu.

Berita kematiannya itu dikongsikan oleh pihak organisasi Miss Tourism Myanmar menerusi satu hantaran di media sosial mereka.

Silimee yang pernah gelaran Miss Tourism Myanmar mengharumkan nama negaranya di pentas antarabangsa menerusi pertandingan Miss Tourism World 2018, ditemui tidak bernyawa di bawah runtuhan kondominium 12 tingkat itu yang terletak di pusat bandar Mandalay.

Pasukan penyelamat menemui jasad Silimee pada 2 April lalu selepas beberapa hari pencarian.

Ads

Menurut laporan media tempatan, ketika ditemui mendiang memakai baju kemeja putih dan berseluar panjang sambil memegang dompetnya.

Mayat Ratu Cantik Dijumpai Di Bawah Runtuhan Kondominium Mewah Susulan Gempa Bumi

Gempa bumi bermagnitud 7.7 yang melanda pada 28 Mac lalu telah meruntuhkan struktur bangunan tersebut walaupun sebelum ini dipromosikan sebagai mempunyai asas tahan gempa bumi.

Ads

Sky Villa bukan sekadar kondominium biasa, ia pernah menjadi simbol kemewahan moden Mandalay, lengkap dengan bar atas bumbung eksklusif dan gimnasium canggih.

Kehilangan Silimee bukan sekadar satu kehilangan dalam dunia ratu cantik, tetapi turut menyentuh hati peminat yang mengagumi keanggunan, dedikasi dan semangat beliau dalam membawa nama Myanmar ke mata dunia.

Ads

Sekadar info, wanita yang baru berusia 28 tahun ini bukan sekadar ratu cantik tetapi turut cemerlang akademik dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Meiktila University of Economics, Myanmar.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI