Nabila Huda menerusi laman Instagram miliknya menyifatkan media sosial kini telah dijadikan medan untuk menyerang tanpa batasan oleh sesetengah pihak.
Jelasnya lagi, golongan netizen seringkali menulis dan berkongsi kata-kata kejam tanpa memikirkan kesan kepada diri sendiri dan orang lain.
“Media sosial hari ini dijadikan medan untuk menyerang dan membantai tanpa belas kasihan.
“Tanpa memikirkan kesan pada diri sendiri atau orang lain. Golongan netizen terus menulis, merakam dan berkongsi komen2 kejam,” tulisnya.
Pelakon hebat ini turut mengaitkan kisah balu pengarah terkenal, Pitt Hanif yang turut menjadi mangsa kekejaman warga internet dengan komen berbaur lucah dan menghina.
“Kes terbaru, balu seorang penolong pengarah menjadi mangsa. Apa dosa isteri dan keluarga arwah, hingga mereka turut diserang.
“Layakkah kita dihukum sedemikian tanpa mengetahui apa kesalahan kita. Saksikan CURRHAT dan kongsikan kisah anda di talian 03-89575002/03-89575505 atau menerusi whatsapp 019-7551105,” kongsinya lagi.
Kenyataan ini turut mendapat reaksi netizen di ruang komen.
Sekadar imbasan, segelintir golongan selebriti telah mengambil pendekatan dengan tindakan undang-undang terhadap komen yang ditulis netizen.
Misalnya Rita Rudaini, Jasmin Hamid dan Misha Omar yang akui tindakan yang diambil adalah bagi mendidik netizen agar memberi komen yang baik, bukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah hingga menjejaskan nama baik.
Foto : Instagram Nabila Huda