Penyanyi Ijam Majid atau nama sebenarnya, Mohd Norhizam Abdul Majid mengakui produksinya terpaksa menangguhkan hasrat bagi melancarkan single baru sebelum ini akibat penularan wabak COVID-19.
Kalau diikutkan perancangan, single terkininya yang berjudul Permainanmu itu sepatutnya dilancarkan Mac lalu.
Reda atas situasi semasa yang melanda seluruh dunia, bintang ini kini giat mempromosikan kembali single berkenaan, sejurus fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan.
Terdahulu, lagu Permainanmu yang bergenre rock balada itu yang dicipta oleh Hery Sejagat.
“Sepatutnya lagu Permainanmu mahu dilancarkan pada Mac, bagaimanapun ia terpaksa dianjakkan kepada bulan lalu atas situasi semasa.
Ads
“Mujur, media sosial menjadi antara platform untuk mempromosikan lagu ini di kalangan pendengar.
“Alhamdulillah, setakat ini sambutan yang diterima begitu baik dan yang penting kini, saya giat menambah kelompok peminat baru,” katanya kepada MH.
Mahu memberi kepelbagaian dalam aliran muzik semasa agar tidak terlalu terbatas dengan lagu balada cinta semata, Ijam optimis mahu mengetengahkan genre rock dalam setiap lagu yang dinyanyikan.
“Saya pernah tampil dengan single genre rock berjudul Pejuang Cinta setahun yang lalu. Sebelum ini, iramanya lebih ‘fast’ dan agak ‘keras’.
Ads
“Akan tetapi menerusi Permainanmu, saya muncul dengan sesuatu yang lebih perlahan iaitu pop rock. Kiranya elemen rock itu masih lagi ada.
“Sebab saya percaya pencinta muzik juga dahagakan kepelbagaian dalam lagu dan inilah yang saya cuba ketengahkan,” katanya lagi.
Selain aktif menyanyi, Ijam terlebih dahulu turut terlibat di dalam dunia lakonan dan pernah membintangi beberapa buah drama tempatan sejak 13 tahun lalu.
Ads
Antara drama-drama lakonannya termasuklah Kekasihku Seru, Tower 13, Juvana, Soffiya, Gemilang, Ujang & Acha, Lara Hati dan banyak lagi.
Cuma sejak beberapa tahun lalu, Ijam beri fokus terhadap perniagaan keluarga dan mula melibatkan diri dalam dunia nyanyian bermula tiga tahun lepas.
“Dahulu saya ‘tinggalkan’ dunia lakonan kerana mahu beri komitmen terhadap nyanyian dan bisnes keluarga.
“Kini semuanya sudah pun stabil dan andai ada ruang untuk berlakon selepas ini, saya tidak teragak-agak untuk menerimanya,” akhiri Ijam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Datin Alyah menjawab tuduhan warganet di Instagram yang dihantar menerusi mesej peribadi (DM) yang mendakwa dirinya melanggar prosedur operasi standard (SOP) susulan keberadaannya ke Langkawi baru-baru ini.
Alyah, 40, terbang ke pulau peranginan itu bagi menjalani penggambaran video muzik single terbarunya, Thank You Allah dari 4 hingga 7 April.
“Sejak saya berada di Langkawi, pelbagai DM yang saya terima antaranya seperti yang saya muat naik di media sosial. Itu belum lagi nombor tak dikenali. Salam tidak apa pun tidak, terus maki hamun saya persoal itu dan ini mengenai SOP.
“Saya masih seorang penyanyi dan bekerja di bawah syarikat rakaman sendiri. Sebagai peniaga muzik saya harus mengeluarkan lagu bagi memastikan perniagaan ini berterusan. Ia bukan hanya pada halwa telinga sahaja, tapi pihak saya perlu juga mengeluarkan produk dalam bentuk visual juga.
“Pihak saya dan pasukan Like Music Sdn Bhd ke Langkawi kerana atas urusan kerja bagi menyiapkan video muzik lagu terbaru saya Thank You Allah. Apa yang diusulkan oleh anda yang macam tak puas hati terhadap saya, memang betul ia terjadi tapi semuanya atas pemintaan bagi menyiapkan video muzik terbaru saya.
“Saya tak naik kapal persiaran untuk suka-suka dan tidak berkeinginan pun ke Langkawi kalau setakat nak tukar baju fesyen. Kami sedaya-upaya menyediakan segala dokumen perjalanan dan surat kebenaran daripada pihak berkuasa. Kalaulah saya tak cerdik juga, saya minta maaf,” katanya.
Menerusi hantaran itu, Alyah yang juga isteri kepada pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS turut memuat naik surat permohonan merentas negeri bagi menjalankan penggambaran tersebut.
Alyah turut berkongsi surat atau permit perniagaan yang didaftarkan atas nama syarikatnya iaitu Like Music Entertainmnet yang masih sah sehingga 18 Januari 2024.
Foto: Instagram Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Risteena Munim ada memberi pujian kepada pelakon yang semakin dikenali ramai, Wafariena yang memegang watak Nurul Ain menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2.
Kongsi Risteena, dia menyifatkan pelakon tersebut sangat berbakat sebagai bintang yang memegang watak antagonis.
Selain itu, kakak kepada pelakon Ruhainies ini pernah memaklumkan berkerjasama dengan Wafariena menerusi sebuah telefilem.
“Selfie satu dengan Nurul Ain yang tengah dikecam ramai ni disebabkan watak dia. Maknanya lakonan menjadi.
“Honestly saya tak sempat untuk tengok drama tu, even drama sendiri pun kadang2 tak sempat tengok But trust me, she’s a nice girl. Dia bukan Nurul Ain yang korang cakapkan tu.
“Kami pernah shooting sama2 dalam telemovie Rinding, tapi tak ada scene sekali. So tak berjumpa pun. Baru2 ni terjumpa untuk photoshoot,” jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun ini mendoakan agar Wafariena sukses dalam karier lakonan.
“I just wanna wish all the best in your career @wafarienaroslan Semoga berjaya dunia akhirat. Amin 🙂 See you soon!,” tulisnya lagi.
Drama rantaian yang telah mencipta fenomena ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Kazar dan ramai lagi.
Foto: Instagram Risteena
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan penghargaan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang atas usaha gigih mereka dalam memadam kebakaran hutan...