Penyanyi Ijam Majid atau nama sebenarnya, Mohd Norhizam Abdul Majid mengakui produksinya terpaksa menangguhkan hasrat bagi melancarkan single baru sebelum ini akibat penularan wabak COVID-19.

Kalau diikutkan perancangan, single terkininya yang berjudul Permainanmu itu sepatutnya dilancarkan Mac lalu.

 

Reda atas situasi semasa yang melanda seluruh dunia, bintang ini kini giat mempromosikan kembali single berkenaan, sejurus fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan.

Terdahulu, lagu Permainanmu yang bergenre rock balada itu yang dicipta oleh Hery Sejagat.

“Sepatutnya lagu Permainanmu mahu dilancarkan pada Mac, bagaimanapun ia terpaksa dianjakkan kepada bulan lalu atas situasi semasa.

IKLAN

“Mujur, media sosial menjadi antara platform untuk mempromosikan lagu ini di kalangan pendengar.

“Alhamdulillah, setakat ini sambutan yang diterima begitu baik dan yang penting kini, saya giat menambah kelompok peminat baru,” katanya kepada MH.

Mahu memberi kepelbagaian dalam aliran muzik semasa agar tidak terlalu terbatas dengan lagu balada cinta semata, Ijam optimis mahu mengetengahkan genre rock dalam setiap lagu yang dinyanyikan.

“Saya pernah tampil dengan single genre rock berjudul Pejuang Cinta setahun yang lalu. Sebelum ini, iramanya lebih ‘fast’ dan agak ‘keras’.

IKLAN

“Akan tetapi menerusi Permainanmu, saya muncul dengan sesuatu yang lebih perlahan iaitu pop rock. Kiranya elemen rock itu masih lagi ada.

“Sebab saya percaya pencinta muzik juga dahagakan kepelbagaian dalam lagu dan inilah yang saya cuba ketengahkan,” katanya lagi.

Selain aktif menyanyi, Ijam terlebih dahulu turut terlibat di dalam dunia lakonan dan pernah membintangi beberapa buah drama tempatan sejak 13 tahun lalu.

IKLAN

Antara drama-drama lakonannya termasuklah Kekasihku Seru, Tower 13, Juvana, Soffiya, Gemilang, Ujang & Acha, Lara Hati dan banyak lagi.

Cuma sejak beberapa tahun lalu, Ijam beri fokus terhadap perniagaan keluarga dan mula melibatkan diri dalam dunia nyanyian bermula tiga tahun lepas.

“Dahulu saya ‘tinggalkan’ dunia lakonan kerana mahu beri komitmen terhadap nyanyian dan bisnes keluarga.

“Kini semuanya sudah pun stabil dan andai ada ruang untuk berlakon selepas ini, saya tidak teragak-agak untuk menerimanya,” akhiri Ijam.

“Media Sosial Jadi Platform Promosi,” – Pernah Aktif Berlakon Lebih 13 Tahun Lalu, Ijam Majid Kini Selesa Bergelar Penyanyi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI