Tuah tidak menyebelahi Meer Nash apabila penyanyi itu diumumkan sebagai peserta yang tersingkir dalam saingan minggu keempat Big Stage 5 (BS5), Ahad malam.
Menyampaikan lagu Rapuh yang dipopularkan oleh Nastia, penyanyi berusia 27 tahun itu gagal menambat hati juri, Ajai dan Aina Abdul untuk mara bersaing di BS5 minggu hadapan.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada peminat, keluarga dan mereka yang ‘tweet’ mengenai saya. Saya berada di sini untuk belajar. Terima kasih,” katanya sejurus segment terakhir.
Bertemakan Hari Jiwa Galau, kesemua peserta BS5 minggu ini diadili juri tetap Ajai dan Aina Abdul bersama juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat.
Dikongsikan kedudukan kesemua peserta bertanding minggu ini berdasarkan markah yang diberikan juri profesional;
- Waode – 91.67%
- Hoodoo – 91.33%
- Putera Muhammad – 82.33%
- Nadeera Zaini – 82.00%
- Puteri Khareeza – 52.67%
- Dem Lepak Boyz – 71%
- Aufahanie – 50.67%
- Coex – 49.33%
- Firdaus Rahmat – 46.33%
- Meer Nash – 45.33%
- Farhan Shah – 42.67%
Ditanya mengapa para juri tidak mahu menggunakan imuti-X minggu ini, Ajai menjelaskan;
“Kalau kami selamatkan Meer Nash. Tapi kita bersandarkan kepada prestasi minggu ini. Kami rasa tak patut buang yang lagi dua ini,” katanya.
Sementara itu, Waode menerima Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.
‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya sebelum ini iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) selama 10 minggu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI